JAIS Sahkan Premis Sembelih Ayam Di Puchong Tak Pernah Ada Sijil Halal
Difahamkan, serbuan mendapati 12 orang dipercayai pekerja warga Bangladesh dan Pakistan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan premis yang melakukan penyembelihan ayam di Puchong tidak pernah mempunyai sijil halal
Menurut laporan dari Harian Metro, Pengarah JAIS Datuk Mohd Shahzihan Ahmad mengatakan premis yang terletak di Kampung Sri Aman Hilir, Puchong tidak mempunyai sebarang rekod yang boleh dirujuk mengenai permohonan sijil halal dan tidak juga memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
"Rekod di JAIS juga menunjukkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak pernah mengeluarkan perakuan penyembelih untuk sembelihan yang dilaksanakan di premis itu.
"Berdasarkan maklumat yang diterima daripada individu yang ditangkap dalam kes terbabit, operasi di premis itu didakwa dijalankan oleh lebih daripada satu syarikat atau entiti.
"Dapatan ini diperoleh daripada hasil risikan dan pemantauan pasukan penguatkuasaan khas halal, JAIS bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Pejabat Kesihatan Daerah Petaling dan Jabatan Alam Sekitar di premis itu," katanya.

Serbuan mendapati 12 orang dipercayai pekerja warga Bangladesh dan Pakistan tanpa pekerja warganegara Malaysia
Pekerja Bangladesh dan Pakistan ini dipercayai melakukan penyembelihan ayam secara tidak patuh syarak.
Mereka sebaliknya menyembelih ayam itu selepas ia mati melalui proses renjatan air berarus elektrik melebihi kadar voltan yang dibenarkan.
"Premis diserbu didapati tidak mempunyai apa-apa papan tanda atau keterangan lainnya mengenai maklumat perniagaan atau nama syarikat yang boleh dirujuk mengenai aktiviti yang berjalan di premis," katanya.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Harian MetroJAIS juga sedang menyiasat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pemilik sebenar premis dan pemilik syarikat yang didaftarkan di atas premis itu daripada Pejabat Daerah dan Tanah.
Setakat ini, JAIS masih belum dapat berhubung dengan individu atau syarikat yang terbabit dalam kes ini.
Pihak JAIS memohon agar pihak penyedia makanan bermasak, pemilik restoran dan masyarakat Islam mendapatkan bekalan ayam daripada pembekal yang mempunyai pensijilan halal dan tauliah sembelihan halal mengikut undang-undang yang berkuat kuasa.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via