Kejutan Luar Biasa Di Unifi Arena, Penyanyi Lagenda Gegar Pentas AJL40!

Pembukaan AJL paling mengejutkan sejak beberapa tahun.

Enlarge text
Cover ImageCover image via TV3Malaysia

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) mengejutkan ramai peminat-peminat dengan membawa lagenda industri ke pentas AJL

Pembukaan kali ini dibuka dengan artis dan lagu yang pernah menjuarai AJL.

Menggamit memori AJL dibuka terus dengan lagenda Datuk Francesca dengan lagunya Sekadar Di Pinggiran.

Beliau merupakan juara pertama Anugerah Juara Lagu yang telah diadakan pada 1986. Sejak itu, legasi AJL diteruskan sehinggalah tahun ni dengan AJL yang ke-40.

SAYS.com
Image via TV3 Malaysia

Kejutan buat penonton dan peminat yang hadir

Pembukaan sambungan lagu-lagu dari semua artis berjaya menarik perhatian tontonan orang di rumah dan sudah semestinya semua penonton yang terdiri daripada juri, peminat dan media yang hadir.

Persembahan disambung dengan Misha Omar dengan Bunga-Bunga Cinta yang merupakan lagu debut beliau pada tahun 2002 menerusi album Adnan vs Azlan. Lagu ini memenangi AJL18.

SAYS.com
Image via TV3 Malaysia

Haqiem Rusli datang dengan bersembahan lagu Jampi yang pernah dinyanyikan oleh Hael Hussaini pada AJL32.

Sementara itu, Syamel dan Ernie Zakri turut hadir menyanyikan lagu Isabella dari Search yang menjuarai AJL4.

Pasangan suami isteri itu turut menyanyikan lagu Gemilang dari Jaclynn Victor yang memenangi AJL20.

Azlan turut hadir menyanyikan Lagu Untukmu dari Meet Uncle Husain (MUH) yang memenangi AJL23 pada tahun 2008.

Paling mengejutkan Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza membuat kejutan kerana disangka tidak hadir tetapi berada dekat dengan anak saudaranya Umairah yang membuka lagu Cindai.

SAYS.com
Image via TV3 Malaysia

AJL40 kali ini dengan tema Meraikan Empat Dekad: Evolusi dan Masa Depan Muzik Malaysia menampilkan hos Naz Rahman bersama Sissy Imann mengemudi malam kemuncak dengan gaya mereka tersendiri.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik