Kumpulan Heavy Metal ‘Demon Hunter’ Saman Netflix, Peminat Sangka ‘KPop Demon Hunters’
Difahamkan, peminat KPop Demon Hunters pernah tersalah membeli tiket ke konsert mereka.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bayangkan anda mahu pergi ke konsert K-pop tetapi tersalah beli tiket ke konsert kumpulan heavy metal?
Satu kumpulan heavy metal dari Amerika Syarikat iaitu Demon Hunter menyaman Netflix kerana filem animasi KPop Demon Hunters telah melanggar identiti kumpulan mereka dan menyebabkan kekeliruan kepada orang ramai.
Kumpulan lima orang ini berasal dari Seattle. Mereka pernah membuat jelajah konsert global, mempunyai 12 album studio dan ditubuhkan lebih daripada 25 tahun lepas.

Christian metal band Demon Hunter.
Image via BlabbermouthDilaporkan oleh BBC, entiti korporat kumpulan tersebut telah menuduh Netflix Studios dan penganjur acara AEG Presents mengelirukan orang ramai secara komersial besar-besaran.
Demon Hunters mengatakan semua hasil barangan eksklusif, pelancaran lagu dan World Tour tahun 2027 telah hampir lenyap 'disenyapkan' oleh intelektual KPop Demon Hunters.

Atas kekeliruan ini, pihak peguam telah berkongsi beberapa kejadian
Sepasang ibu bapa baru-baru ini telah menghabiskan duit sebanyak AS$ 500 (RM2,225) untuk konsert kumpulan heavy metal ini tanpa disedari. Mereka telah menyangka itu adalah konsert untuk KPop Demon Hunters yang selamat untuk anak-anak, bukannya kumpulan heavy metal.
Satu lagi isu muncul apabila pengarah televisyen banyak kali tersilap menghubungi pengurusan kumpulan tersebut kerana menyangka mereka mempunyai kaitan dengan produksi Netflix berkenaan.

Tidak cukup dengan itu, terdapat ramai pengguna media sosial yang tersalah 'tag' mereka kerana menyangka ia adalah akaun KPop Demon Hunters untuk membincangkan filem animasi berkenaan.
Demon Hunters mempunyai lebih 350,000 pendengar di Spotify manakala KPop Demon Hunter mempunyai lebih 27 juta pendengar di pelantar yang sama.

Menurut rekod mahkamah dari Hyde Lane, 'Demon Hunter' telah mendaftar trademark mereka sejak tahun 2022 dan kini sedang menunggu permohonan untuk konsert seterusnya.
Kumpulan Demon Hunters kini menuntut mahkamah supaya Netflix dan AEG Presents tidak menggunakan nama KPop Demon Hunters untuk konsert langsung, rakaman audio, barangan fizikal termasuk pampasan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via