Polis Hatyai Tampil Beri Penjelasan Isu Saman Konvoi, Keluarkan Arahan Baharu

Difahamkan, polis Hatyai mahu pegawai trafik lebih teliti dan adil dalam penguatkuasaan undang-undang.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Polis Hatyai kini mengarah pegawai trafik supaya lebih teliti dalam menguatkuasakan undang-undang trafik

Perkara ini diketengahkan susulan peserta konvoi dari Malaysia yang didakwa disaman atas kesalahan lalu lintas oleh pihak berkuasa Thailand.

Menurut laporan dari Sinar Harian, pertemuan bersama Ketua Polis Balai Hatyai, Leftenan Kolonel Macha Kaewthong dan Leftenan Kolonel Sittichai Pradap.

Penekanan telah diberikan untuk memastikan penguatkuasaan undang-undang adalah adil dan tiada diskriminasi. Budi bicara sewajarnya juga patut digunakan.

"Pegawai polis trafik diingatkan supaya lebih teliti ketika memeriksa lesen memandu, dokumen pendaftaran kenderaan serta fakta berkaitan sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil," katanya.

SAYS.com
Image via Hatyai Police Station (Facebook)

Pemeriksaan lebih adil untuk memelihara keyakinan pelancong

Dihantar menerusi Facebook Balai Polis Hatyai, pegawai diminta untuk menjadi lebih adil dalam menyemak dokumen perjalanan dan pendaftaran kenderaan dengan lebih cermat.

"Dalam masa sama, pegawai diminta menerangkan kesalahan atau peruntukan undang-undang kepada pelancong dengan cara yang sopan dan jelas bagi mengelakkan salah faham ketika proses penguatkuasaan dijalankan," katanya lagi.

SAYS.com
Image via Tok Singa (Facebook)

Langkah ini diperlukan untuk memastikan penguatkuasaan dilakukan secara terkawal sekali gus memelihara keyakinan pelancong terhadap keselamatan dan layanan pihak berkuasa Hatyai dan wilayah Songkhla.

Pihak polis Thailand juga menegaskan bahawa prinsip pelasanaan undang-undang perlu dilaksanakan secara saksama kepada semua pihak.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: