MCMC Pertimbang Tingkatkan Had Umur Untuk Permainan Dalam Talian

Difahamkan, wujudnya salahguna oleh kumpulan ekstrimis yang menyasarkan kanak-kanak untuk direkrut.

Cover ImageCover image via Roblox & Buletin TV3

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang meneliti dan memperluaskan pengesahan identiti untuk sekatan umur

Sekatan umur ini adalah bagi pengguna permainan dalam talian seperti Roblox.

Menurut laporan daripada Buletin TV3, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi mengatakan pertimbangan ini berikutan platform seumpamanya dikhuatiri disalahgunakan oleh kumpulan pelampau ekstrimis yang menyasarkan untuk merekruit kanak-kanak.

"Dalam sesi perbincangan saya dengan pihak Roblox sebagai contoh, sejak tahun lalu menunjukkan bahawa mereka bersedia untuk bekerjasama. Isu mungkin hanya dari segi pengesahan pengguna pengesahan umur pengguna.

"Tan Sri Ayob Khan sebut itu turut merangkumi anak-anak bawah umur, jadi waktu ini pihak MCMC sedang mengenakan sekatan umur kepada pengguna media sosial dan kita akan teliti kesesuaian untuk mengembangkan aspek EKYC dan pengesahan umur, age verification kepada platform seperti Roblox,"
katanya.

SAYS.com

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.

Image via Buletin TV3

Pemantauan ke atas platform-platform terbabit dipantau oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)

Selain itu, platform-platform permainan atas talian lain turut dipantau oleh MKN, bukan hanya Roblox sahaja.

Ini berikutan kes kanak-kanak seawal usia 12 tahun telah direkrut oleh golongan ekstremis menerusi permainan dalam talian seperti Roblox. Perkara ini telah didedahkan oleh bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Menurut Tan Sri Ayob Khan, golongan ekstremis ini akan mendekati kanak-kanak di platform permainan tertentu untuk berkawan dengan mangsa. Mereka kemudian akan dimasukkan ke dalam satu kumpulan tertutup yang diasuh dan dididik uentuk melancarkan serangan.

SAYS.com

Permainan video Roblox.

Image via Wired

Datuk Fahmi bersama-sama rakan sejawat di Indonesia juga ada membincangkan pelaksanaan usaha sekatan umur terhadap media sosial dalam masa terdekat.

"Indonesia mempunyai caranya tersendiri, kerangka kawal selianya tersendiri dan ada perbezaan dan persamaan dengan di Malaysia.

"Kita akan berbincang untuk melihat sama ada cabaran yang dihadapi dalam perbincangan dengan penyedia perkhidmatan platform-platform media sosial ini,"
katanya.

Permainan video atas talian telah menjadi salah satu medium paling popular di Malaysia dan jika tidak dipantau dengan betul boleh memudaratkan golongan bawah umur.

Sebelum ini, Malaysia telah mengumumkan pengenalan Akta Permainan Video untuk mengawal gacha, loot box dan pembelian dalam talian.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: