Peguam Sahkan Denda RM50 Juta Selesai Dibayar, Najib Kini Diiring Keluar Dari Penjara Kajang

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diiring keluar dari Penjara Kajang pada pukul 2.37 petang.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah selesai menjelaskan denda RM50 juta yang dikenakan terhadapnya

Kenyataan pembayaran denda itu disahkan oleh Peguam Najib, Muhammad Farhan Shafee.

"Ya, sudah bayar," katanya ringkas.

Terdahulu, Muhammad Farhan telah tiba di mahkamah kira-kira jam 11.30 pagi sambil membawa beg hitam berkunci untuk menyelesaikan urusan pembayaran itu dan melengkapkan prosedur pentadbiran yang diperlukan sebelum bayaran dimuktamadkan.

SAYS.com
Image via Harian Metro / Aizuddin Saad

Arahan tahanan rumah sudah diterima daripada Mahkamah Tinggi

Peguam Najib memberitahu media mereka sudah menerima arahan daripada Mahkamah Tinggi.

Manakala itu, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah dilihat meninggalkan Penjara Kajang pada pukul 2.37 petang hari ini menaiki kereta SUV kelabu meninggalkan kompaun itu.

SUV itu telah diiring oleh beberapa kenderaan sekuriti penjara. Tetapi kereta manakah yang dinaiki oleh Najib tidak diketahui.

Image via Buletin TV3

Mahkamah Tinggi mengeluarkan perintah yang membolehkan bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah susulan pengampunan diraja selepas pembayaran denda berkenaan diselesaikan.

Perintah itu akan diserahkan kepada Penjara Kajang serta-merta, tetapi beberapa prosedur lanjut perlu diselesaikan.

Bagaimanapun, destinasi kenderaan yang membawa Najib masih belum dapat dipastikan.

SAYS.com
Image via Utusan

Pada 18 September lalu, bekas Ahli Parlimen pekan itu telah menerima pengampunan bersyarat daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Perkara ini membolehkan Najib menjalani baki hukuman secara tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.

Najib sebelum ini telah dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020. Hukuman itu diberikana atas tujuh pertuduhan berkaitan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS