Perlis Bakal Bangunkan Litar Lumba Sepanjang 1.3 KM Dengan Nilai RM20 Juta

Difahamkan, litar lumba itu akan dibina di kawasan Perindustrian Lembah Industri Chuping (CVIA).

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perlis bakal mempunyai satu litar permotoran baharu bernilai RM20 juta

Litar ini akan dibangunkan di kawasan Perindustrian Lembah Industri Chuping (CVIA) dan bakal menjadi salah satu tarikan baharu pelancongan di negeri itu.

Menurut laporan daripada Harian Metro, Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah, mengatakan pembangunan litar sepanjang 1.3 km ini akan memberi impak positif kepada ekonomi setempat dan mengukuhkan sektor pelancongan dengan kehadiran pengunjung dari dalam dan luar negara.

"Pada 15 September depan, kita akan mengadakan majlis pecah tanah bagi pembinaan litar permotoran ini menerusi jalinan kerjasama antara kerajaan negeri dan syarikat ESR Motors.

"Dengan adanya litar ini, ia bukan sahaja dapat meningkatkan martabat sukan permotoran, malah turut melonjakkan ekonomi setempat dan negeri Perlis secara keseluruhannya,"
katanya.

SAYS.com
Image via Harian Metro / Noor Sara Mohamad Hanif

Fasiliti ini boleh merancakkan lagi sektor pelancongan sempadan

Litar ini akan disasarkan boleh menjadi penanda aras dan contoh kepada negara jiran atau Asia.

Abu Bakar mengatakan fasiliti ini boleh menarik lebih banyak perhatian pengunjung dari sempadan, khususnya dari Thailand.

"Pelancong dari Thailand, terutamanya peminat sukan permotoran yang ingin berkunjung ke litar itu pasti akan singgah dan berbelanja di Perlis.

"Ini sudah tentu membantu kepada peningkatan rantaian ekonomi setempat dan peniaga tempatan yang akan merasakan limpahannya,"
katanya lagi.

Kerajaan negeri turu menyasarkan untuk mencari pelabur berpotensi bagi membangunkan hotel bertaraf lima bintang di negeri Perlis.

Untuk makluman, Perlis sebenarnya telah mempunyai satu litar perlumbaan iaitu Litar UNIMAP dengan panjang 1.2 km terletak di dalam Kampus Utama Pauh Putra, Universiti Malaysia Perlis.

SAYS.com

Litar UNIMAP

Image via Careta

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: