Sekolah, Tadika & Taska Akan Ditutup Serta-Merta Jika Jerebu Semakin Teruk & IPU Lebih 200
Ibu bapa juga perlu peka jika bacaan IPU ke tahap membimbangkan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan (PTJK) diaktifkan untuk menyelaras semua tindakan yang sepatutnya diambil jika jerebu dan kegiatan pembakaran terbuka berlaku
Sudah mencari 'acara' tahunan apabila Malaysia dilanda jerebu sama ada dari pembakaran terbuka atau cuaca yang terlalu panas.
Sekolah, tadika dan taska akan ditutup serta-merta jika bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) meningkat lebih daripada 200 kerana keadaan jerebu yang semakin teruk.
Semua aktiviti di luar bilik darjah perlu dihentikan jika bacaan IPU melebihi 100. Sekolah, tadika dan taska akan ditutup serta-merta sekiranya bacaan IPU melebihi 200.
Institusi berkenaan juga sentiasa memantau bacaan IPU dan membuat persediaan untuk ditutup sekiranya trend bacaan menghampiri 200.
Menurut laporan dari Astro Awani, Operasi Pembenihan Awan (OPA) pula akan dilaksanakan mengikut kehadiran awan dan keadaan cuaca yang sesuai apabila IPU melebihi 150 selama 24 jam.

Gambar sekadar hiasan.
Image via KosmoJabatan Alam Sekitar (JAS) bersama kementerian akan mengurus bencana jerebu mengikut langkah yang disenaraikan
Jabatan Alam Sekitar (JAS), kementerian dan agensi terlibat akan bertindak mengikut langkah yang disenaraikan dalam PTJK.
Bacaan IPU yang melebihi 100 dikategorikan sebagai tidak sihat dan semua aktiviti luar bilik darjah perlu dihentikan.
Aktiviti sukan, perhimpunan dan program di luar bangunan sekolah juga perlu dihentikan.

Gambaar sekadar hiasan.
Image via MajoritiSama seperti tahun-tahun sebelum ini, sekolah disarankan mengambil langkah untuk mengurangkan pendedahan udara tercemar kepada murid-murid.
Jika sekolah masih belum ditutup semua murid perlu memakai pelitup muka yang sesuai serta sentiasa dinasihatkan untuk minum air dengan kerap.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Siakap KeliSelain itu, arahan dari Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) perlu dilaksanakan secara pantas oleh sekolah dan mengumumkan penutupan lebih awal supaya ibu bapa lebih bersedia.
Sekali lagi, ibu bapa dinasihatkan untuk lebih peka dengan perkara-perkara ini untuk memastikan anak-anak tidak terdedah dengan udara tercemar untuk tempoh yang lama.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via