Tindakan Pantas Pengetua Berjaya Selamatkan 900 Murid Daripada Tragedi Banjir Nepal

Difahamkan, hanya 10 minit sahaja menjadi jarak mereka antara selamat atau maut.

Enlarge text
Cover ImageCover image via BBC / Rajendra Dawadi

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pengetua sekolah berjaya menyelamatkan 900 murid di sekolahnya dari terkena tragedi banjir kilat Nepal

Dilaporkan oleh BBC, Rajendra Dawadi ialah pengetua untuk Sekolah Menengah Tinggi Tribhuvan Trishuli di Nuwakot. Beliau telah menerima empat panggilan pada pukul 9:10 pagi waktu tempatan mengenai bencana yang bakal berlaku.

Tragedi ini telah dilaporkan mengorbankan sekurang-kurangnya 794 nyawa setakat ini.

Setelah mendapat amaran, beliau dengan secepat mungkin membuat keputusan untuk memindahkan semua pelajar dengan menyuruh mereka berlari ke tempat lebih tinggi dan mengarahkan bas yang dipenuhi pelajar untuk berpatah balik ke tempat yang lebih selamat.

"Jika kami tidak membuat keputusan yang pantas, kalau terlambat 10 minit, kami, termasuk pelajar dan saya, mungkin tidak akan dapat bercakap untuk hari ini," katanya.

SAYS.com

Rajendra Dawadi, Pengetuar Sekolah Menengah Tinggi Tribhuvan Trishuli.

Image via BBC

Amaran telah diberikan oleh empat orang dalam masa beberapa minit

Menurut beliau, empat orang telah menghubunginya memberitahu tentang bahaya yang akan datang.

"Sepasang ibu bapa datang memberitahu saya 'banjir besar akan berlaku, saya mahu mengambil anak perempuan saya', saya tetap akan mengambilnya'," ujar beliau.

"Ibu bapa tidak akan tergesa-gesa tanpa sebab yang kukuh, setelah disahkan, saya terus membuat keputusan untuk melakukan evakuasi pelajar.

"Saya membuat keputusan perkara ini tidak boleh dilambatkan lagi. Jika banjir tidak datang, sekolah hanya terlepas satu hari sahaja.

"Saya berbangga yang kami dapat menyelamatkan ramai nyawa hari itu,"
tambah beliau.

Tragedi ini juga telah melenyapkan sebahagian Nepal dan sekurang-kurangnya 2,426 orang telah dilaporkan hilang.

Difahamkan, sekolah berkenaan telah hilang ditelan lumpur dan serpihan berat. Dawadi mengatakan air tersebut sangat kuat sehingga terdapat satu bangunan hostel setinggi 100 m terus ditelan sepantas kilat

SAYS.com

Sekolah mereka sebelum dan selepas tragedi.

Image via BBC / Rajendra Dawadi

Seorang pelajar tidak sedar betapa serius keadaan ini

Sebelum kejadian berlaku, seorang pelajar bernama Yunisya Amatya,16, mengatakan dia tidak sedar betapa seriusnya situasi tersebut.

"Saya bersama rakan-rakan hanya terselamat disebabkan 10 saat awal sahaja," katanya ketika ditemu duga BBC.

"Sebelum banjir datang, kami semua sedang belajar di dalam kelas. Kemudian guru-guru berkumpul untuk berbincang tentang sesuatu. Kami ketika ini masih tidak tahu-menahu. Setelah lima minit, guru-guru menyuruh semua pelajar balik ke rumah dan memberitahu mengenai banjir yang akan datang," katanya.

SAYS.com

Yunisya Amatya, 16, yang terselamat beberapa saat sebelum kejadian.

Image via BBC

Seorang pelajar pengsan akibat terkejut dengan malapetaka yang akan datang. Tetapi ramai menyangka bahaya ini tidak seteruk yang disangka.

"Saya tidak dapat berjalan pantas, rakan yang membantu saya memanjat bukit. Kami berusaha sedaya upaya untuk ke zon selamat. Kami melarikan diri menggunakan tangga kecil di belakang sekolah. Sejurus selepas itu, bazar telah hilang di depan mata saya sendiri," kata Yunisya.

SAYS.com

Pelajar dan guru yang terselamat melihat sekolah mereka hilang.

Image via BBC

Semua guru dan pelajar telah berjaya menaiki beberapa ratus meter ke atas bukit untuk selamat sebelum berjalan ke kampung bersebelahan.

Disebabkan tragedi ini, banyak jalan sudah hilang dan pengangkutan juga tergendala, hanya selepas dua hari usaha menyelamat sampai kepada mereka semua.

Pengetua sekolah dan Yunisha yang tinggal bersebelahan dengan sungai di tepi sekolah itu akhirnya menaiki helikopter untuk kembali ke rumah bersama keluarga yang turut terselamat.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: