makan

7 Resepi Lauk Ikan Klasik Dan 'Crowd-Favorite' Yang Anda Wajib Tahu Masak. Simple Je!

Lauk-lauk ikan ini bukan sahaja sedap tetapi ringkas untuk dibuat!

Cover image via MyResipi

1. Ikan Percik

Ikan Percik

Image via MyResipi

Resepi Ikan Percik ini pasti akan menggamit selera sesiapa sahaja kerana kuahnya yang kaya dengan bahan-bahan aromatik seperti halia, serai dan bawang putih dan dihidangkan bersama ikan bakar. Memang layan! 

Dapatkan resepi penuh Ikan Percik di sini

2. Ikan Tiga Rasa

Ikan Tiga Rasa

Image via MyResipi

Lauk ikan tiga rasa memang salah satu hidangan crowd-favorite kerana mempunyai rasa masam, manis dan juga pedas. Dengan resepi Ikan Tiga Rasa ini anda pasti akan memikat hati mereka yang tersayang. 

Dapatkan resepi penuh Ikan Tiga Rasa di sini.

3. Ikan Kukus Ala Thai

Ikan Kukus Ala Thai

Image via MyResipi

Jika anda ingin mencuba lauk ikan selain dari ikan goreng, resepi Ikan Kukus Ala Thai ini memang khas untuk anda. Resepi ini sangat mudah untuk disediakan kerana anda
hanya perlu mengukus ikan bersama bahan-bahan aromatik dan sedikit perasa sahaja. Hasilnya begitu sedap sekali!

Dapatkan resepi penuh Ikan Kukus Ala Thai di sini

4. Ikan Masak Taucu

Ikan Masak Taucu

Image via MyResipi

Resepi Ikan Masak Taucu memang lauk yang klasik dan disukai ramai kerana rasa taucu yang penuh umami sesuai dengan selera sesiapa sahaja. 

Dapatkan resepi penuh Ikan Masak Taucu di sini

5. Ikan Bakar

Ikan Bakar

Image via MyResipi

Untuk pilihan lauk ikan yang lebih sihat, resepi Ikan Bakar ini sangat sesuai untuk anda. Resepi ini tidak menggunakan minyak yang banyak dan mempunyai bahan-bahan seperti cili dan belacan yang pasti akan menaikkan selera anda. 

Dapatkan resepi penuh Ikan Bakar di sini

6. Tenggiri Masak Kicap

Tenggiri Masak Kicap

Image via MyResipi

Resepi Tenggiri Masak Kicap ini memang mudah untuk disediakan kerana hanya bahan-bahan asas dapur seperti kicap, kunyit, halia, bawang merah dan putih yang digunakan. Walaupun resepi ini simple, hasilnya sangat menakjubkan! 

Dapatkan resepi penuh Tenggiri Masak Kicap di sini.

7. Sambal Ikan Tongkol

Sambal Ikan Tongkol

Image via MyResipi

Lauk ikan masak sambal sememangnya hidangan yang wajib di setiap rumah. Rasa sambal mantap yang digabungkan dengan ikan tongkol yang mempunyai isi padat. Memang best!

Dapatkan resepi penuh Sambal Ikan Tongkol di sini

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom cuba resepi-resepi ikan yang lain ini: