6 Resipi Nasi Goreng 'Rare' Yang Sukar Dijumpai Di Mana-Mana Kedai Makan. Mudah Je!
Nasi goreng memang ternyata nikmat di dunia terutama sekali dengan 6 resipi ini.
1. Nasi Goreng Kailan Ikan Masin
Lauk kailan ikan masin sudah pastinya sedap, tetapi bagaimana pula dengan nasi goreng kailan ikan masin? Dua kali ganda lebih sedap! Gandingan belacan dan ikan masin pasti akan menggamit hati sesiapa sahaja yang memakannya.
Dapatkan resipi penuh Nasi Goreng Kailan Ikan Masin di sini.
2. Nasi Goreng Serai Harum
Seperti yang ternyata pada namanya, nasi goreng serai harum ini pasti akan mengharumkan dapur anda. Resipi ini khas untuk si mereka yang menggemari makanan pedas. Walau bagaimanapun, anda boleh mengurangkan (atau melebihkan) cili api mengikut citarasa anda sendiri. Selamat mengharumkan dapur!
Dapatkan resipi penuh Nasi Goreng Serai Harum di sini.
3. Nasi Goreng Daun Kesum
Daun kesum bukan sahaja boleh digunakan untuk laksa. Malah, daun ini juga boleh menambahkan aroma dan rasa kepada nasi goreng anda. Rasanya yang sedikit peppery dan citrusy ditambah pula dengan cili padi dan belacan. Memang terangkat!
Dapatkan resipi penuh Nasi Goreng Daun Kesum di sini.
4. Nasi Goreng Daun Pudina
Nasi goreng pudina? Ya, tepat sekali. Memang agak pelik tetapi daun pudina dapat menambahkan sedikit kesegaran kepada nasi goreng ini tetapi jangan risau, nasi goreng anda tidak akan rasa seperti ubat gigi. Resepi ini memang terbukti lain daripada yang lain.
Dapatkan resipi penuh Nasi Goreng Pudina di sini.
5. Nasi Goreng Bunga Kantan
Sekali sekala, apa kata anda cuba nasi goreng bunga kantan? Resipi ini memang khas untuk anda yang ingin menambahkan aroma dan rasa kepada nasi goreng anda! Cara penyediaannya pun mudah. Memang patut dicuba kerana susah nak jumpa di luar sana!
Dapatkan resipi penuh Nasi Goreng Bunga Kantan di sini.
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!