makan

Dapatkan 100 Jenis Makanan Thai Autentik & Halal Di Restoran Di Setapak Ini!

Tak payah beli tiket ke Hat Yai, nikmati pelbagai juadah autentik Thai di Banngkok Street Food yang terletak di Setapak saja!

Cover image via @wan.yuzi.1 (Instagram) | @sue_nabihah (Instagram) | @abayasuraya (Instagram)

Sangat jarang nak jumpa restoran yang menghidangkan makanan Thai yang autentik, sedap & halal di Malaysia. Memang payah nak memuaskan keinginan makanan Thai kan?

Tapi kami terjumpa restoran Thai ini di Setapak yang pasti dapat memuaskan cravings tom yam dan som tam anda! 

Image via GIPHY

Dibuka pada tahun 2016, restoran Banngkok Street Food ini yang begitu meriah dengan decor lukisan-lukisan Graffiti dinding, dan penggunaan meja warna-warni yang membawa suasana pasar di Thailand ke tanah air Malaysia. Memang best!

Sampai pelayan pelanggan mereka pun berpakaian seperti pekerja-pekerja di bazaar makanan di Thailand :P 

Anda boleh menikmati lebih daripada 100 jenis makanan Thai di restoran Banngkok Street Food yang terletak di Setapak saja. Dari hidangan streetfood, ke hidangan utama, ke hidangan desserts tradisi thai, semua pun ada di sini!

Antara makanan thai popular yang dihidangkan di sini adalah hidangan seperti Mieng Kam, Khan Tok, Larb Kai, Siakap Krungthai, Tomyam Pok Tek, Mapraw Talay, Daging dan Ayam Pakrapow dan macam-macam lagi.

Restoran ini dimiliki oleh tiga beradik yang mempunyai pertalian darah orang Thai. Chef Mus, yang merupakan salah seorang daripada beradik tersebut, mempunyai 16 tahun pengalaman dalam membuat masakan thai dan menggunakan resipi tradisi keluarga untuk menghasilkan hidangan-hidangan thai dengan rasa autentik.

Selain itu, beliau juga kerap mengembara ke negara Thailand untuk mendapatkan inspirasi resipi-resipi baru dan inovasi untuk dihidangkan dalam restoran Banngkok Street Food. 
 

Khao Mok Gai (Nasi Beriani Ayam Thai)

Image via @abayasuraya (Instagram)
Image via @fozipojiee

Untuk memastikan keaslian rasa hidangan mereka, kesemua bahan yang digunakan dalam masakan di sini menggunakan bahan-bahan mentah Halal yang dibawa dari negara Thailand

Bukan itu saja, mereka juga menghidangkan pelbagai lagi desserts asli Thai yang pasti akan membuat anda terliur!

Jangan lupa untuk menjamu selera dengan pelbagai pencuci mulu thai yang dibuat di sini seperti Thai Banana PancakesSteam Bread, Pulut Durian, dan juga Pulut Mangga!

Mango Sticky Rice

Image via @sue_nabihah (Instagram)

Red Ruby Dessert

Image via @shahrazadariffin (Instagram)

Mengidam dah? Dapatkan info tentang Banngkok Street Food di bawah:

Alamat: Baangkok Street Food, 1-3, Jalan 1/23e, Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur. 

Waktu Operasi: 3 petang - 12 tengah malam (setiap hari)

No. Telefon: +6013-284 0873

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Instagram sekarang!

Nak cuba masak hidangan Thai di rumah? cubalah resipi-resipi ringkas dan sedap di bawah ini:

Checkout pelbagai lagi restoran-restoran menarik di KL di bawah:

You may be interested in: