makan

7 Resepi Makanan Bazar Ramadan Ringkas & Lazat Yang Anda Boleh Buat Di Rumah. Meliurkan!

Hidangan-hidangan buka puasa yang lebih senang dan sedap!

Cover image via MyResipi

1. Ayam Percik

Ayam Percik

Image via MyResipi

Ayam percik sememangnya kegemaran orang ramai kerana rasanya yang pedas, manis dan penuh dengan rempah ratus. Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa resepi Ayam Percik ini sebenarnya sangat mudah untuk disediakan di rumah. 

Anda hanya perlu memasak ayam bersama rempah ratus dan panggangkan ayam untuk menambah extra flavor!

Dapatkan resepi penuh Ayam Percik di sini

2. Popia Sira

Popia Sira

Image via MyResipi

Rasa Popia Sira yang pedas, manis dan rangup ini memang boleh buat anda ketagih. Hidangan ini memang popular di bazar Ramadan tetapi lagi puas jika dimasak di rumah. Anda hanya perlu menyediakan inti sayur-sayuran, gorengkan popia dan letakkan sira. Hasilnya sangat menakjubkan! 

Dapatkan resepi penuh Popia Sira di sini.

3. Mi Soto

Mi Soto

Image via MyResipi

Resepi Mi Soto ini pasti laku di meja makan kerana rasanya yang sesuai dengan cita rasa semua orang. Hidangan ini juga sangat memuaskan kerana mempunyai ayam yang dicarik, mee kuning dan juga sup ayam yang sangat aromatik. Memang sesuai untuk dinikmati sewaktu berbuka puasa!

Dapatkan resepi penuh Mi Soto di sini

4. Ikan Sumbat Sambal Kelapa

Ikan Sumbat Sambal Kelapa

Image via MyResipi

Ikan Sumbat Sambal Kelapa merupakan salah satu hidangan unik di bazar Ramadan. Walaupun hidangan ini nampak agak sukar untuk disediakan, tetapi sebenarnya senang sahaja. Anda hanya perlu memasukkan isi kelapa ke dalam ikan dan gorengkan. Sangat menyelerakan! 

Dapatkan resepi penuh Ikan Sumbat Sambal Kelapa di sini

5. Kebab Kambing

Kebab Kambing

Image via MyResipi

Kebab Kambing mudah untuk didapati di mana-mana bazar. Tetapi resepi Kebab Kambing ini sesuai sekali untuk anda yang sedang berdiet kerana resepi ini menggunakan roti pita dan mempunyai banyak sayur-sayuran seperti salad, kobis, tomato dan timun.

Anda juga boleh menambah apa-apa sahaja sayuran pilihan anda untuk menjadikannya lebih sihat. 

Dapatkan resepi penuh Kebab Kambing di sini.

6. Sotong Sumbat Masam Manis

Sotong Sumbat Masam Manis

Image via MyResipi

Resepi Sotong Sumbat Masam Manis ini memang sangat memuaskan kerana mempunyai isi telur, udang. Ditambah pula dengan campuran cili merah, cili hijau, daun bawang dan daun sup, memang terangkat!

Bukan itu sahaja, resepi ini juga mempunyai kuah masam manis yang sangat sesuai sekali dengan campuran telur dan sotong. Wajib cuba! 

Dapatkan resepi penuh Sotong Sumbat Masam Manis di sini.

7. Nasi Tomato

Nasi Tomato

Image via MyResipi

Nasi Tomato memang mudah untuk didapati di mana-mana bazar tetapi anda mesti beli dengan lauk sekali. Jika masak di rumah, anda boleh padankan dengan apa sahaja lauk. Hidangan ini juga lagi puas jika dimasak di rumah kerana anda boleh tambah berkali-kali! 

Dapatkan resepi penuh Nasi Tomato di sini.

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom check out banyak lagi resepi bulan Ramadan di sini: