makan

Inilah Cara Hasilkan Muruku Yang Rangup. Sedapnya Krup Krap Krup Krap!

Deepavali is here, jom buat sendiri...

Cover image via Narimah Othman

Siapa je tak sukakan Muruku? Memang favourite dari kecil, tak kisah bangsa apa pun. Muruku is the best snack!

Rasanya yang rangup kriuk kriuk buatkan ketagih, asyik nak makan lagi. Hmm, apa kata buat sendiri? Boleh makan banyak-banyak sambil layan Netflix! Jom...

Bahan-bahan:

  • 400gm tepung muruku 

  • 150gm tepung beras

  • 150gm tepung pulut

  • Garam secukup rasa

  • 1/2 sudu besar kiub ikan bilis

  • Segenggam ikan bilis (dikisar)

  • 2 sudu besar serbuk ketumbar

  • 2 sudu besar serbuk cili 

  • 2 sudu besar serbuk kari ayam 

  • 400 - 450ml air

  • 6 sudu besar minyak

  • 4 sudu besar bijan

  • 10 tangkai daun kari

Cara penyediaan:

1. Campurkan semua tepung dan semua rempah bahan kering kecuali bijan. Kemudian, masukkan minyak dan air. Gaulkan sehingga sebati. 
Image via Narimah Othman
Image via Narimah Othman
2. Uli doh sehingga sebati. Lapikkan meja dengan baking paper atau kertas. Uli sehingga doh menjadi licin. 
Image via Narimah Othman
Image via Narimah Othman
3. Masukkan bijan dan uli sekata. Kemudian, uli doh menjadi memanjang dan masukkan dalam acuan. 

Tips: Boleh cuba keluarkan dulu, kalau susah untuk dikeluarkan. Tambahkan sedikir air dah uli doh semula. 
Image via Narimah Othman
Image via Narimah Othman
Image via Narimah Othman
4. Panaskan minyak dan masukkan daun kari. 
Image via Narimah Othman
5. Bentuk dan gorengkan Muruku ke dalam minyak yang panas. 
Image via Narimah Othman

Kredit resepi: Narimah Othman

Yay, dah siap! Boleh dah krup krap krup krap lepas ni...

Image via Narimah Othman

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Inginkan resepi menarik lagi?