makan

Ini Caranya Untuk Hasilkan Keropok Lekor Homemade Yang Rangup Di Rumah. Guna 5 Bahan Je!

Rahsianya gunakan ikan yang segar, let's get cooking!

Cover image via Ayu Hidaya (Facebook)

Teringin nak makan keropok lekor? Dah boleh dah buat sendiri di rumah dengan resepi yang ringkas dan senang ni

Image via taste atlas

Keropok lekor yang rangup dan padat dengan isi ikan ini sangat menggamit selera. Bukan itu sahaja, cicahkan dengan sos. Fuh, padu! Jom hasilkan juadah minum petang ini dengan resepi yang sangat simple ni. Resepi sos pun ada tau...

Bahan yang diperlukan:

Bahan untuk keropok lekor:

  • 20-25 ekor isi ikan temenung lemak
  • 2 cawan tepung ubi
  • 2 cawan tepung gandum
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu baking powder

Bahan untuk sos:

  • 3 sudu cili kering (dikisar)
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar cuka
  • 2 sudu besar gula
  • Garam secukup rasa
  • Gula merah secukup rasa
  • Air asam jawa
  • 1 sudu tepung jagung

Cara penyediaan:

1. Untuk keropok lekor, blend isi ikan dengan sedikit air.

2. Gaulkan isi ikan yang telah dikisar dengan tepung ubi, tepung gandum, garam, ajinomoto dan baking powder. Uli sehingga menjadi doh.
3. Letakkan sedikit minyak atas pelapik supaya doh tak melekat. Uli doh memanjang. 
4. Rebuskan air dalam kuali. Selepas air mendidih, masukkan keropok lekor ke dalam kuali untuk direbus. Rebus sehingga keropok lekor terapung. 
5. Tos dan sejukkan keropok lekor. 
6. Potong kecil-kecil dan goreng menggunakan api sederhana. 
7. Untuk sos, masukkan kesemua bahan sos ke dalam periuk kecuali tepung jagung. Kacau sehingga mendidih. Kemudian, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga sos menjadi likat. Tutup api. 

Keropok lekor buatan sendiri pun dah siap. Sedia untuk dihidangkan. Bayangkan makan keropok lekor panas-panas rangup cicah dengan sos...Emm, sangat perfecttt!

Kredit resepi : Ayu Hidayu 

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via imgur.com

Betul ke dah expert kuih? Cabar diri anda jom!

Inginkan resepi untuk juadah minum petang?

You may be interested in: