7 Kafe Moden & Cantik Di Penang Yang Anda Wajib Kunjungi
Khas untuk para Instagrammers! :D
1. Matcho Cafe @ George Town
Kafe yang cukup comel ini antara kafe yang anda wajib kunjungi. Dengan kafe bertemakan tropical yang begitu cantik dan hidangan manisan-manisan menarik seperti Pink Toast With Chocolate Ice Cream And Candy Floss, memang rugi jika anda terlepas. Kafe ini juga khas untuk anda yang sukakan warna pink!
Alamat: Matcho Cafe, No. 99B, Lebuh Noordin, George Town
Waktu Operasi:
10.30 pagi - 10.30 malam (Isnin - Ahad)
10.30 pagi - 11.30 malam (Selasa)
No. Telefon: +604 261 0031
Status: Pork-free.
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram
2. HOLD UP Cafe @ George Town
Kafe moden yang bertemakan hitam dan putih ini memang style! Yang bestnya di kafe ini, pintu peti ais digunakan sebagai pintu tersembunyi untuk ke kedai sebelah dan ini telah menarik perhatian para Instagrammers. Selain itu, kafe ini juga pakar dalam menyajikan kopi yang memang kaw. Penggemar kopi wajib cuba.
Alamat: HOLD UP Cafe, No. 75, Jalan Kuala Kangsar, George Town
Waktu Operasi:
12 tengah hari - 10 malam (Isnin - Sabtu)
Tutup setiap Ahad.
No. Telefon: +6016 421 8633
Status: Pork-free.
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram
3. Kim Haus @ George Town
Kafe Kim Haus yang ala vintage sangat sesuai untuk anda yang suka bergambar di kafe. Dekorasi old-school mereka membuatkan kafe ini sangat menarik. Terdapat juga pelbagai snek yang enak yang anda boleh nikmati di sini. Antaranya ialah Authentic Chicken Roll. Jom cuba di kafe ini!
Alamat: Kim Haus, No. 9 & 11 Campbell Street, George Town
Waktu Operasi: 8 pagi - 1 malam (setiap hari)
No. Telefon: +6016 330 1515
Status: Pork-free.
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram
4. Bricklin Cafe & Bar @ George Town
Tenangkan fikiran anda dengan secawan kopi di Bricklin Cafe. Dengan suasana yang menenangkan, tempat ini best untuk anda yang suka bersantai di kafe pada waktu petang. Mereka juga menyediakan menu yang semuanya menyelerakan seperti Peri-Peri Chicken, Toasted Bagels dan banyak lagi. Dessert di sini pun sedap tau! Jangan lupa untuk kunjungi kafe ini.
Alamat: Bricklin Cafe & Bar, Hin Bus Depot, 31A Jalan Gurdwara, George Town
Waktu Operasi:
10 pagi - 10.30 malam (Isnin - Khamis)
10 pagi - 11.30 malam (Jumaat - Ahad)
No. Telefon: +604 226 6813
Status: Pork-free.
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram
5. Dolce Desserts Cafe @ George Town
Restoran moden ini menghidangkan masakan-masakan yang lebih kepada high-end. Jika anda ingin membawa keluarga anda ke tempat makan yang cantik, moden dan dekorasi hidangan yang unik, inilah tempatnya! Antara dessert unik di sini anda boleh cuba ialah Bubur Caca Cake. Memang lain daripada lain.
Alamat: Kota Dine & Coffee, Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, George Town
Waktu Operasi: 9.30 pagi - 10.30 malam (setiap hari)
No. Telefon: +604 371 4929
Status: Pork-free.
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram
6. Black Kettle @ George Town
Ingin menjamu selera di tempat yang luas dan menenangkan? Black Kettle ialah kafe yang begitu comforting. Dengan dekorasi hijau-hijauan dan moden, kafe ini memang selesa. Selain itu, tempat ini menyediakan masakan barat seperti Chicken Chop, Fish & Chips dan Pasta yang khas untuk anda dan keluarga anda yang minat masakan Western. Anda confirm akan suka tempat ini!
Alamat: Black Kettle, No. 105, Beach Street, George Town
Waktu Operasi: 9 pagi - 10.30 malam (Setiap hari)
No. Telefon: +604 251 9270
Status: Pork-free.
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram
7. Rollney @ George Town
Jika anda berada di Penang, dessert yang popular ini wajib anda cuba. Dessert ini menggunakan donat yang berbentuk cone yang diisikan penuh dengan ais krim. Pelbagai flavour anda boleh cuba seperti Lotus Heaven, Sakura, Green Tea, Chocolate Paradise dan banyak lagi. Kafe minimalis ini sangat sesuai untuk melepak dan menyejukkan badan bersama rakan-rakan.
Alamat: Rollney, No. 40, Lebuh Leith, George Town
Waktu Operasi: 3 petang - 11 malam (setiap hari)
No. Telefon: +6016 784 0181
Status: Pork-free.
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Instagram sekarang!