makan

"Craving Dessert Manis?" - Jom Order Pavlova Sedap Dari Homebaker Sekitar Lembah Klang Ini

Craving satisfied!

Cover image via @dchoclush (Instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bosan asyik makan benda yang sama saja sejak kebelakangan ini?

Image via GIPHY

Teringin juga nak makan dessert yang manis sekali-sekala. Apa kata try order Pavlova? Bukan saja manis, gabungan tekstur crunchy di luarnya dan lembut di dalam memang buatkan ramai terliur dan tidak berhenti makan. Dengan buah-buahan dijadikan sebagai topping, memang perfect! 

Ini 10 homebaker yang menawarkan pavlova yang cantik dan sedap di sekitar Klang Valley:

1. Yaya Johan, KL

Pavlova klasik daripada Yaya Johan tersedia daripada pelbagai jenis bentuk. Sedap, cantik dan murah pula tu! Jom pesan untuk anda sekeluarga hujung minggu ni.

Kik sini untuk lihat Instagram.

2. Mad Batter, KL

Image via @madbatterkl
Image via @madbatterkl

Duduk di rumah sambil makan pavlova yang sedap ini, confirm hilang stres. Mad Bater KL bukan saja menyediakan pavlova berbentuk saiz medium, malah anda juga boleh pesan pavlova yang bersaiz besar untuk disajikan bersama keluarga! 

Klik sini untuk lihat Instagram. 

3. dchoclush, KL

Satu layer tak cukup? Jangan risau, nak buat berlayer-layer sampai 2 tingkat kek tu pun boleh. Banyak pilihan yang boleh didapatkan di sini. Kepada yang suka Lotus biscoff, boleh cuba pavlova biscoff mereka! 

Kik sini untuk lihat Instagram. 

4. pavlova.brownies, KL

Nak surprisekan yang tersayang tetapi nak kek yang lain daripada lain? Jom pesan pavlova daripada sini, mereka bukan saja boleh buatkan anda bentuk pavlova yang bulat, malah keunikan pavlova berbentuk digit itu membuatkan ramai terpukau dengan kecantikan dan kekemasannya. 

Klik sini untuk lihat Instagram. 

5. puffloveva, KL

Yang bestnya, anda boleh pilih buah kegemaran anda untuk dijadikan topping. Ada strawberi, anggur, kiwi, blueberi dan macam-macam lagi! 

Klik sini untuk lihat Instagram. 

6. sugarysweetbyfz, Gombak

Apa yang menarik di kedai ini adalah anda boleh dapatkan pavlova berbentuk hati. Cantik bukan? Dengan topping yang penuh dengan strawberry dan blueberry, memang puas bila makan. Pavlova saiz supermini pun ada juga, comel! 

Klik sini untuk lihat Instagram. 

7. nadiahbakes, Wangsa Maju

Selain menjual pavlova dalam bentuk bulat dan mini saiz, nadiahbakes juga menawarkan pavlova in jar. Sangat kreatif! You guys boleh dapatkan dengan hanya RM15 saja satu balang. Boleh makan sambil Netflix and chill.

Klik sini untuk lihat Instagram.

8. the.yellow.baker, Wangsa Maju

The Yellow Baker bukan saja menjual pavlova yang sedap, mereka juga menyediakan kelas baking dan tips-tips baking yang menarik. 

Klik sini untuk lihat Instagram.

9. thelabcakes, Wangsa Melawati

Kepada penduduk Wangsa Melawati, dah tau mana nak beli pavlova sedap dan murah? Ini jawapannya! Buah segar yang dijadikan topping, memang rasa fresh bila makan. 

Klik sini untuk lihat Instagram. 

10. Crumbleats, Damansara

Bentuk dan saiz pavlova yang unik dan lain daripada lain membuatkan ramai yang tertarik. Bukan saja cantik dari segi bentuknya. Packaging daripada mereka juga sangat sesuai untuk sesiapa yang nak berikan surprise kepada yang tersayang! 

Klik sini untuk lihat Instagram. 

11. semanis.sugar, Petaling Jaya

Semanis sugar menawarkan pelbagai saiz pavlova mengikut kehendak anda. Jom check out dan pesan sekarang sebelum habis stok!

Klik sini untuk lihat Instagram.

12. cawikitchen, Petaling Jaya

Siapa je tak tertarik dengan pavlova yang besar dan gebu? Sekali ngap, pasti nak lagi! Tak sabar nak pesan sekarang. 

Klik sini untuk lihat Instagram.

13. twobitetarts, Bandar Utama

Baby Pavlova with chantilly cream & berries topping is here! Terliur kan tengok gambar? Haa... tunggu apa lagi? Jom pesan. 

Klik sini untuk lihat Instagram. 

14. kekartel_, Setia Alam

Review daripada pelanggan memang mengatakan pavlova dari kek kartel memang sedap, crunchy tak creamy. Yang paling penting, tak muak! 

Klik sini untuk lihat Instagram.

15. prinnceskitchen, Shah Alam

Bagi peminat pavlova yang suka crunchy, krim dan tidak muak boleh order dari princesskitchen. Confirm anda akan puas hati dengan pavlova mereka!

Klik sini untuk lihat Instagram.

So, tunggu apa lagi guys? Jom order sekarang makan dengan family! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: