makan

Ini Cara Hasilkan Puri Tomato Homemade Dan Chicken Bolognese Yang Simple & Sedap

Jimat dan sedap pula tu, siapa tak nak?

Cover image via Zurina Zulkefli (Facebook)

Biasa masak spaghetti guna sos tomato puri yang dah siap kan? Haa, apa kata kita try buat sos sendiri. Lebih pure dan lebih banyak. Jangan risau, confirm sedap!

Image via Tomat House

Caranya senang sahaja, hanya menggunakan tomato segar sebagai bahan utama. Jom ikuti resepi yang dikongsikan oleh Zurina Zulkefli di laman Facebooknya. Tak sabar dah ni... Mari!

Bahan-bahan:

  • 5 biji tomato
  • Garam secukup rasa 
  • Gula secukup rasa
  • Bawang putih
  • Bawang Holland
  • Isi ayam
  • Serbuk Oregano 

Cara penyediaan:

1. Mula-mula, basuh tomato. Kemudian, hiris bahagian luar dengan nipis untuk memudahkan proses menanggalkan kulit selepas direbus.
2. Rebus tomato sehingga air mendidih (tak perlu lama). 
3. Toskan tomato dan tanggalkan kulit. Kemudian, lenyek tomato sehingga hancur.
4. Seterusnya, masak tomato yang telah dilenyek dengan menggunakan api sederhana. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Biarkan sehingga berair. 
5. Tapiskan tomato untuk dapatkan puri tanpa biji.
6. Tumiskan bawang Holland dan bawang putih. Masukkan isi ayam kemudian puri tomato. Letakkan serbuk Oregano secukup rasa. Siap, sedia untuk dihidang bersama spaghetti. 

Ta-daaaaa siap dah puri tomato yang dihidangkan bersama spaghetti! Selamat menjamu selera.

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Inginkan resepi yang menarik?

Jom make over dapur:

Nak belajar memasak? Jom dapatkan gajet-gajet dapur yang senangkan hidup:

You may be interested in: