makan

Resepi Chilli Butter Cream Clam Ala Two Sons Bistro Guna 1 Kuali. Senang & Sedap!

Duduk di rumah sambil hasilkan resepi level restoran.

Cover image via @kunajmacho (Youtube)

Terigin nak makan clam. Nak masak sendiri macam di restoran..tapi tak tahu resepi....

Jangan risau, apa kata cuba ni? Dengan resepi level restoran ni, confirm hari-hari masak di rumah, tak perlu nak keluar makan. Ngidam clam Two Sons Bistro?

Rasa creamy dan pedas... Umphhh...sedapnyaaaa! Jom check out resepi di bawah.

Bahan yang diperlukan:

  • 500g kepah (2 orang makan)
  • Cooking cream
  • Butter
  • Bawang putih
  • Daun kari
  • Parsley secukup rasa
  • Chilli flakes secukup rasa
  • Paprika secukup rasa
  • Lada hitam secukup rasa

Cara penyediaan:

1. Cairkan butter dalam kuali. 
2. Tumiskan bawang putih dan daun kari sehingga warna perang keemasan.
3. Masukkan chilli flakes mengikut cita rasa pedas anda. 
4. Letakkan cooking cream mengikut cita rasa kepekatan anda dan kacau.
5. Masukkan lada hitam dan paprika secukup rasa dan gaul rata. 
6. Akhir sekali, masukkan kepah dan tutup selama 5 minit untuk dibiarkan masak. 

Ta-daaaa siap dah. Senang kan? Campak campak dah pun siap resepi level restoran!

Dihidangkan dengan nasi panas atau garlic bread pun sedap. Jangan lupa try!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via imgur.com

Nak belajar resepi lain?

Nak tau tips-tips masak seafood?