makan

Ini Resepi Bebola Kentang Cheese Leleh Kegemaran Anak. Sekali Ngap Pasti Nak Lagi!

Nyummeh...

Cover image via Hasni Usman (Facebook)

Mak-mak dan kakak-kakak dah kehilangan idea nak buat snek apa untuk anak-anak dan adik-adik? No worries, semuanya ada di hujung jari!

Image via GIPHY

Jom hasilkan snek kegemaran semua, kentang! Bukan itu sahaja, ada cheese pastu rangup pula tu. Perrrfect... Jom ikuti resepi yang dikongsikan oleh Hasni Usman

Bahan-bahan:

  • 3 biji ubi kentang
  • 2 sudu kecil gula
  • Mozzarella cheese (dipotong dadu)
  • Putih telur
  • Tepung roti
  • Bahan perasa

Cara penyediaan:

1. Kupaskan ubi kentang dan potong kecil-kecil. 
2. Angkat dan toskan setelah empuk. 
3. Lenyekkan ubi kentang sehingga lumat dan halus.
4. Campurkan dengan gula dan bahan perasa. Boleh juga letakkan serbuk cili. 
5. Kemudian, leperkan ubi kentang. Masukkan mozarella cheese atasnya. Bulatkan ubi kentang. 
6. Salutkan dengan putih telur kemudian serbuk roti. 
7. Ulang proses tadi supaya serbuk roti melekat. 
8. Masukkan dalam peti sejuk selama 30 minit. 
9. Panaskan minyak dengan menggunakan api kecil. Goreng bebola sehingga perang keemasan. 

Ta-daaaa dah siap bebola kentang cheese leleh. Jom tarikkk!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Nak lagi resepi yang sedap-sedap?

Jom make over dapur:

You may be interested in: