makan

Shakshuka, Cheesy Chicken Rice Dan 2 Lagi Resepi 'One-Pot' Simple & Sedap

Kesemua resepi ini boleh dihasilkan kurang daripada 30 minit.

Cover image via Seismik Makan

Selalu kejar masa dan pening kepala tak tahu nak hidang apa untuk keluarga?

Don't worry, kami akan ajar anda 4 resepi yang sangat sesuai untuk sesiapa yang selalu busy tetapi mahu nikmati masakan homemade yang sedap dan memuaskan.

Pasti dapat meningkatkan selera yang tersayang. 

Image via Giphy

Resepi-resepi ini hanya menggunakan beberapa bahan sahaja, satu periuk dan kurang daripada 30 minit untuk disiapkan. Senang kan?

Mari kita lihat video di bawah untuk pelajari 4 resepi 'One-Pot' yang simple dan sedap:

Dapatkan kesemua resepi penuh di bawah:

Sausage Mac & Cheese

Image via Seismik Makan

Bahan-bahan:

  • 300 gram macaroni
  • 4 cawan susu penuh lemak
  • 3 biji sosej (dipotong bite-sized)
  • 1 sudu kecil paprika
  • 200 gram keju cheddar
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

1. Panaskan susu dalam satu periuk. Apabila sudah menggelegak, masukkan macaroni. Renehkan pada api sederhana selama 9 minit.

2. Masukkan sosej yang telah dipotong menjadi bite-sized. Renehkan selama 2 minit lagi.

3. Masukkan garam, paprika dan keju cheddar. Gaul sehingga sebati.

Sausage Mac & Cheese sudah siap untuk dihidang!

Shakshuka

Image via Seismik Makan

Bahan-bahan:

  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 1/2 biji bawang merah (dicincang)
  • 2 biji bawang putih (dicincang)
  • 1 biji lada benggala merah (dicincang)
  • 1 tin chopped tomatoes
  • Garam secukup rasa
  • Lada hitam secukup rasa
  • 1 sudu kecil paprika
  • 3 biji telur
  • Daun ketumbar (dihiris)
Cara-cara:

1. Dalam satu kuali yang telah dipanaskan, masukkan minyak zaitun, bawang merah, bawang putih dan lada benggala merah. Goreng sehingga wangi.

2. Masukkan chopped tomatoes, lada hitam, paprika dan garam. Renehkan seketika.

3. Masukkan telur satu per satu, tutup kuali dan renehkan selama 2 minit atau sehingga telur 3/4 masak.

Shakshuka siap untuk dihidang dengan hirisan daun ketumbar!

Cheesy Broccoli Chicken Rice

Image via Seismik Makan

Bahan-bahan:

  • 1 sudu kecil minyak zaitun
  • 1/2 biji bawang merah (dicincang)
  • 2 biji bawang putih (dicincang)
  • 1 biji lobak (dicincang)
  • 200 gram ayam dada (dicincang)
  • 280 gram beras jasmin
  • 350 mililiter stok ayam
  • 1 cawan brokoli (dicincang)
  • 100 gram keju cheddar

Cara-cara:

1. Dalam satu kuali yang telah dipanaskan, masukkan minyak zaitun, bawang merah, bawang putih dan lobak merah. Goreng sehingga wangi.

2. Masukkan beras jasmin dan gorengkan seketika.

3. Masukkan stok ayam, tutup kuali dengan penututup dan masak atas api sederhana selama 10 minit.

4. Masukkan brokoli dan masak selama 3 minit lagi.

5. Taburkan keju cheddar dan biarkan cair seketika.

Cheesy Broccoli Chicken Rice sudahpun siap untuk dihidang! Taburkan hirisan daun parsley untuk sedikit kesegaran.


Chicken Rice

Image via Seismik Makan

Bahan-bahan: 

  • 2 ketul peha ayam
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu kecil minyak sayuran
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 biji batang daun bawang (dicincang)
  • 280 gram beras jasmin
  • 1 ikat daun bawang
  • 350 mililiter stok ayam
  • Garam secukupnya. 
Cara-cara: 

1. Perapkan ayam bersama minyak bijan dan garam secukupnya. Ketepikan. 

2. Dalam satu periuk nasi yang telah dipanaskan, masukkan minyak sayuran dan goreng halia, bawang putih dan batang daun bawang sehingga wangi.

3. Masukkan beras jasmin dan gorengkan seketika. 

4. Masukkan stok ayam dan letakkan ayam yang telah diperap dan juga ikatan daun bawang ke dalam periuk nasi. 

5. Masak mengikut spesifikasi periuk nasi anda. 

'One-pot' chicken rice anda sudahpun siap untuk dinikmati! 

Haaa... senang kan semua resepi ini? Memang best kalau jumpa cara tersenang untuk menikmati makanan yang sedap.

Selain resepi yang simple, anda juga boleh jimat tenaga dengan cara pembelian barang runcit yang lebih mudah.

Macam mana? Dengan penggunaan HappyFresh!

Image via HappyFresh

HappyFresh merupakan servis pembelian dalam talian yang membolehkan anda membeli dari kedai kegemaran anda melalui aplikasi telefon pintar atau website mereka.

Apa lagi, kesemua barangan runcit anda akan dipilih segar oleh pembeli peribadi HappyFresh! Syok kan?

Dengan menggunakan HappyFresh, anda juga boleh menikmati pelbagai tawaran harian dan diskaun khas.

HappyFresh juga memberikan anda kemudahan untuk memilih tarikh dan masa penghantaran barang runcit mengikut keselesaan anda.

Dapatkan info lanjut tentang HappyFresh di sini.

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Dapatkan banyak lagi resepi simple dan sedap di bawah: