makan

Koleksi 12 Resepi Daging Popular Yang Mudah Dibuat Dan Lazat Dimakan

Sambal daging, daging salai lemak cili api & 10 lagi resepi daging lazat!

Cover image via myresipi

1. Kerabu Daging

Kerabu Daging

Image via myresipi

Kerabu Daging merupakan sejenis kerabu yang sangat popular dinikmati di Thailand. Dibuat menggunakan daging batang pinang yang direbus perlahan-lahan sehingga empuk, lalu dicampur dengan hirisan cili merah, bawang besar, serai, daun ketumbar dan perahan limau kasturi, hidangan masam manis ini sangat sedap untuk dinikmati secara tersendiri ataupun dengan nasi. 

Dapatkan resipi Kerabu Daging di sini.

2. Daging Salai Lemak Cili Api

Daging Salai Lemak Cili Api

Image via myresipi

Merupakan masakan tradisi Negeri Sembilan, Daging Salai Lemak Cili Api memang satu lauk yang anda perlu belajar masak untuk keluarga. Dengan kuah yang cukup lemak yang berwarna perang-perangan dan daging salai yang cukup empuk, resipi in pasti akan menjadi kegemaran keluarga anda.

Dapatkan resipi Daging Salai Lemak Cili Api di sini.

3. Daging Lada Hitam

Daging Lada Hitam

Image via myresipi

Ini khas untuk anda yang dah lama mengidam masakan black pepper, mestilah cuba resipi ini! Resipi ini confirm akan memikat citarasa anda dengan kuah lada hitam yang pekat dan daging yang empuk. Sangat simple dan murah, anda bolelah try resipi ini malam ini.

Dapatkan resipi Daging Lada Hitam di sini.

4. Daging Gulai Kawah

Daging Gulai Kawah

Image via myresipi

Resipi ini memberikan anda cara yang sangat ringkas untuk menghasilkan Daging Gulai Kawah yang sangat lazat dalam masa yang singkat. Dengan menggunakan pelbagai rempah-ratus seperti kayu manis, bunga cengkih, dan lain-lain, gulai kawah ini memang berbau sangat wangi apabila sedang dimasak. Anda boleh menikmati gulai ini dengan nasi putih, ketupat ataupun lemang. Memang sangat sedap!

Dapatkan resipi penuh Daging Gulai Kawah di sini

5. Bubur Daging

Bubur Daging

Image via myresipi

Jika anda kesuntukan masa untuk memasak makan malam, resipi bubur ini sangat ringkas untuk dibuat dan juga sangat berkhasiat. Bubur ini juga sangat unik kerana menggunakan secawan santan yang akan membuatnya rasa sedikit berlemak, dan berbau sangat aromatik. 

Dapatkan resipi penuh Bubur Daging di sini.

6. Rendang Padang

Rendang Padang

Image via myresipi

Ingin cuba masakan Indonesia? Cubalah versi rendang mereka yang cukup lazat sekali. Resipi ini memberikan anda cara yang ringkas untuk menghasilkan lauk tradisi Indonesia ini yang sangat autentik. 

Dapatkan resipi penuh Rendang Padang di sini.

7. Daging Goreng Daun Kunyit

Daging Goreng Daun Kunyit

Image via myresipi

Daging kunyit merupakan satu hidangan yang sangat popular di Malaysia bila sedang berbajet. Hidangan ini cukup simple dibuat sebagai hidangan makan malam last-minute keluarga. Hanya memerlukan 30 minit untuk dimasak, anda boleh menghasilkan hidangan yang lazat dalam masa yang sangat singkat! 

Dapatkan resipi penuh Daging Goreng Daun Kunyit di sini.

8. Gulai Daging Daun Kesum

Gulai Daging Daun Kesum

Image via myresipi

Sukakan hidangan gulai daging? Cubalah resipi gulai ini yang dilazatkan lagi dengan penggunaan daun kesum untuk memberikan aroma bergitu harum pada kuahnya! Sangat padat untuk menikmati lauk ini dengan nasi putih dengan ulam-ulaman segar. 

Dapatkan resipi penuh Gulai Daging Daun Kesum di sini.

9. Daging Goreng Pedas Daun Kesum

Daging Goreng Pedas Daun Kesum

Image via myresipi

Sukakan daging kunyit? Resipi ini menggunakan bahan-bahan basic masak kunyit yang ditambah dengan helaian daun kesum untuk menambahkan flavour ekstra yang fresh kepada lauk ini. Simple dan sedap, anda boleh menghasilkan resipi ini dalam kurang daripada 30 minit! 

Dapatkan resipi penuh Daging Goreng Pedas Daun Kesum di sini.

10. Sambal Daging

Sambal Daging

Image via myresipi

Hidangan sambal daging memang staple di atas meja makan orang Melayu. Mudah dibuat dan sedap untuk dimakan, anda wajib nikmati lauk ini dengan nasi putih panas, kuah masak lemak dan sayur goreng. Sambal belacan tak ada pun takpa kerana lauk ini dah memang cukup pedas dan enak! 

Dapatkan resipi penuh Sambal Daging di sini.

11. Daging Masak Halia

Daging Masak Halia

Image via myresipi

Hidangan ini bukan saja menyelerakan, malah sangat baik untuk penghadaman anda. Rumah anda memang akan berbau wangi apabila memasak hidangan ini, yang menggunakan tumisan campuran halia, bawang merah, bawang putih dan cili merah. Nikmatilah hidangan ini dengan nasi putih panas dan telur goreng! Memang padu! 

Dapatkan resipi Daging Masak Halia di sini.

12. Daging Goreng Kacang Pis

Daging Goreng Kacang Pis

Image via myresipi

Pasti anda akan suka hidangan ini jika anda peminat makanan pedas. Menggunakan cili merah dan cili api dalam resipi ini, anda memang akan berpeluh kuat apabila menikmati lauk ini! Jangan lupa sediakan tisu yang cukup. ;P

Dapatkan resipi penuh Daging Goreng Kacang Pis di sini.

Cuba banyak lagi resipi yang menarik di sini: