makan

Siapa Minat Gula Melaka? McDonald's Perkenal Gula Melaka Oreo McFlurry Dan Banyak Lagi

Manis-manis crunchy dengan Oreo crumbs, brain freeze.

Cover image via @saleemleu (Instagram) & @wheatly_reviews (Instagram)

Mulai hari ini, 5 Oktober 2020, McDonald's membawakan menu terbaru yang pasti akan menggamit selera semua

Image via GIPHY

Gula Melaka semestinya menjadi favourite bila makan kuih-muih tradisional seperti onde-onde dan kuih lopes? Sekarang, nikmati gula Melaka bersama Oreo McFlurry!

Image via McDonald's

Siapa tak suka gula Melaka? Bayangkan makan dengan Oreo crumbs, emmmmm yummy. Gabungan vanila aiskrim, gula melaka dan Oreo memang mantap dan padu!

Selain itu, McD juga perkenalkan 3 burger baru yang lazat. Antaranya, Beef burger dengan sos honey mustard, Smoky grilled beef dan Quarter pounder with cheese

Image via McDonald's

Kenikmatan juicy beef burger yang disajikan dengan sos honey mustard yang baru sungguh menguji kesabaran. Confirm lepas makan tu, puas berkali-kali ganda!

Tak puas lagi? Nah, lengkapkan meal anda dengan desserts Pai Blueberry Cream Cheese

Image via McDonald's

Pai berperisa blueberry cream cheese yang crunchy ni tak boleh dilihat je. Mesti beli! Rasa masam-masam manis dan rangup tu sumpah onz.

Kesemua menu baru ini boleh didapati di semua cawangan McD pada hari ini. Untuk maklumat lanjut, klik sini.

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Check out artikel lain:

You may be interested in: