McDonald's Perkenal Aiskrim Thai Milk Tea, Brown Sugar Boba Milk & Banyak Lagi. Nyummy!
Masa untuk dessert. Jom serbu McDonald's sekarang juga!
Mesti ramai yang excited dengan menu baru yang ditawarkan McD. Tunggu apa lagi? Jom beli dan cuba kenikmatannya!
Kini, anda boleh dapatkan aiskrim perisa minuman kegemaran ramai- Thai Milk Tea!
Siapa je tak suka Thai Milk Tea kan?
Selain itu, terdapat banyak lagi menu baru yang ditawarkan McD seperti Thai Milk Tea & Chocolate Sundae, Thai Milk Tea Cone dan Thai Milk Tea & Vanilla Cone. Rasa Thai Milk Tea yang pekat tu fuh memang padu! Confirm korang akan suka.
Kepada penggemar coklat, Thai Milk Tea & Chocolate Sundae mungkin akan jadi pilihan anda, gabungan perisa Thai Milk Tea dan coklat tu menakjubkan. Penggemar vanila? Inilah masanya untuk cuba Thai Milk Tea Vanilla Cone.
Jangan risau, harga pun tak mahal, RM4 dan ke bawah. Dapatkan sekarang!
Tak suka aiskrim perisa Thai Milk Tea? McD juga menawarkan Salted Caramel Oreo McFlurry!
Gabungan salted caramel dan Oreo sememangnya fuh padu! Bayangkan makan Oreo McFlurry tambah dengan rasa salted caramel yang masin masin manis. Rasa nak lagi setiap kali suapan. Cepat cuba sekarang.
Ada penggemar Pie disini?
Jangan risau, pie berperisa salted caramel chocolate juga boleh didapatkan di McD cawangan terdekat anda. Bayangkan caramel dan chocolate cair dalam mulut anda. Emm, sedapnya...Jom try!
Tak kenyang? Teringin nak makan burger pulak. Ha, ini dia...
McD kini menawarkan burger Spicy Kicks, burger Spicy Lemon Chicken McDeluxe. Dihidangkan dengan Lemon Mayo Sauce. Rasa pedas, masam, so juicy... Sedapnya! Ayuh serbu ramai-ramai sebelum terlambat.
Bukan itu sahaja, anda juga boleh menikmati minuman baru yang ditawarkan iaitu Boba Brown Sugar!
McCafe menawarkan minuman ADA BOBA seperti Brown Sugar Boba Milk, Brown Sugar Boba Latte dan Brown Sugar Boba Americano. Kepada penggemar boba atau kopi, inilah masanya!
Jarangkan nampak minuman gabungan boba dengan kopi di luar sana? Nah, McD kali ini membawakan minuman ADA BOBA mampu milik dengan harga serendah RM9. Tunggu apa lagi? Jom, minum sambil kunyah-kunyah!
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!