Kenali John Ternus, CEO Baharu Apple Selepas 15 Tahun Dipimpin Tim Cook
Difahamkan, beliau bukanlah nama baharu dalam Apple.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Selepas 15 tahun diterajui Tim Cook, Apple kini memasuki satu lagi fasa baharu apabila John Ternus mengambil alih tampuk kepimpinan syarikat teknologi gergasi itu
Tim Cook yang mengambil alih jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) selepas pemergian Steve Jobs pada 2011 kini berundur daripada jawatan tersebut dan meneruskan tugas sebagai Pengerusi Eksekutif,
Difahamkan, Ternus pula bukanlah nama baharu dalam Apple. Lelaki berusia 51 tahun itu telah berkhidmat dengan Apple selama lebih dua dekad dan mempunyai pengalaman luas dalam pembangunan produk syarikat berkenaan.

Dari jurutera mekanikal hingga jadi CEO Apple
Menurut laporan Apple, sebelum menyertai Apple pada 2001, Ternus pernah bekerja sebagai jurutera mekanikal di Virtual Research Systems.
Beliau kemudiannya menyertai pasukan reka bentuk produk Apple sebelum dilantik sebagai Naib Presiden Kejuruteraan Perkakasan pada 2013.
Pada 2021, Ternus dinaikkan ke jawatan Naib Presiden Kanan Kejuruteraan Perkakasan dan menjadi antara individu penting di sebalik pembangunan produk Apple.
Sepanjang berada dalam syarikat itu, beliau terlibat dalam pembangunan pelbagai generasi iPhone, Mac dan Apple Watch. Beliau juga memainkan peranan utama dalam pengenalan beberapa produk termasuk iPad dan AirPods.

Antara individu penting di sebalik produk Apple
Pengalaman Ternus bukan sekadar tertumpu kepada pembangunan produk baharu. Beliau turut mengetuai pelbagai usaha untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan ketahanan produk Apple menerusi penggunaan teknik serta pendekatan kejuruteraan baharu.
Dalam masa sama, Ternus terlibat dalam inovasi bahan dan reka bentuk yang membantu Apple mengurangkan jejak karbon produknya.
Antaranya termasuk penggunaan campuran aluminium kitar semula baharu pada beberapa barisan produk, titanium cetakan 3D pada Apple Watch Ultra serta usaha meningkatkan aspek kebolehbaikan bagi memanjangkan jangka hayat sesetengah produk.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via