Feri Pulau Pinang Bertembung Dengan Kapal, 21 Penumpang Disahkan Cedera Dalam Insiden

Difahamkan, kesemua penumpang yang cedera telah dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Kosmo Online

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seramai 21 penumpang Feri Teluk Bahang dilaporkan mengalami kecederaan selepas feri berkenaan bertembung dengan sebuah kapal di perairan berhampiran Terminal Feri Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH), Butterworth malam tadi

SAYS.com
Image via Buletin TV3

Menurut laporan Buletin TV3, insiden itu berlaku sekitar 8.40 malam dan melibatkan Feri Teluk Bahang serta kapal MV Mekar Jaya dalam had Pelabuhan Pulau Pinang.

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Yeoh Soon Hin berkata, berdasarkan maklumat awal, MV Mekar Jaya ketika itu dalam perjalanan dari Dermaga Air Dalam Butterworth (DADB) menuju ke Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT).

"Insiden perlanggaran kemudiannya berlaku melibatkan kapal berkenaan dan feri yang sedang dalam perjalanan ke PSAH. Setakat maklumat awal yang diterima, sebanyak 21 penumpang dilaporkan cedera," katanya.

Menurutnya, kesemua penumpang yang cedera telah dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut. Tiada lagi mangsa dilaporkan berada di PSAH selepas kesemua yang cedera dihantar untuk mendapatkan rawatan.

SPPP bersama Penang Port Sdn Bhd (PPSB) kini mengambil langkah susulan berkaitan penumpang yang terlibat, selain memastikan aspek keselamatan serta kelancaran operasi pelabuhan terus terjamin.

Enam mangsa dilaporkan cedera parah

SAYS.com
Image via Buletin TV3

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 9.58 malam.

Sejurus menerima maklumat, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth dikejarkan ke lokasi.

Beliau berkata, kemalangan itu melibatkan sebuah feri penumpang, Feri Teluk Bahang dan sebuah kapal dengan keseluruhan 92 mangsa berada dalam insiden berkenaan.

"Berdasarkan maklumat awal, enam mangsa mengalami kecederaan parah dan telah dihantar ke hospital," katanya.

Dalam pada itu, beberapa rakaman video kejadian turut tular di media sosial. Rakaman berkenaan antaranya menunjukkan beberapa motosikal yang berada di dalam feri terbalik susulan perlanggaran tersebut.

Walau bagaimanapun, SPPP memaklumkan operasi perkhidmatan feri berjalan seperti biasa dan tidak terjejas akibat insiden berkenaan.

Lihat perkongsian video di bawah:

https://www.threads.com/share/FTMzAd5eL

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: