Westlife Kembali Ke Malaysia, Konsert Ulang Tahun Ke-25 Dijangka Himpunkan Ribuan Peminat
Tak sabar nak pergi!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kalau anda membesar dengan lagu seperti My Love, Flying Without Wings, Swear It Again dan World of Our Own, bersedialah kerana Westlife bakal kembali menggegarkan Kuala Lumpur sempena jelajah khas ulang tahun ke-25 mereka

Kumpulan pop ikonik dari Ireland itu akan mengadakan Westlife 25: The Anniversary World Tour di Unifi Arena, Kuala Lumpur pada 14 Januari 2027, sekali gus menjadikan Malaysia sebagai destinasi pertama bagi siri jelajah Asia Tenggara mereka.
Konsert istimewa ini bukan sekadar meraikan perjalanan 25 tahun Westlife, malah menjanjikan persembahan yang dipenuhi lagu-lagu malar segar yang pernah menjadi siulan ramai sejak penghujung era 90-an.
Selain membawakan deretan lagu hit, Westlife turut meraikan ulang tahun mereka dengan album baharu berjudul 25: The Ultimate Collection, yang menampilkan lagu terbaru Your Love Amazes Me bersama koleksi lagu-lagu terbaik sepanjang karier mereka.

Selain Kuala Lumpur, Westlife turut bakal singgah di beberapa bandar utama Asia sempena jelajah ulang tahun ke-25 mereka, antaranya:
Singapura – 16 Januari 2027
Manila – 20 Januari 2027
Jakarta – 23 Januari 2027
Bangkok – 25 Januari 2027
Hong Kong – 30 Januari 2027
Kali terakhir kumpulan itu mengadakan konsert di Malaysia adalah pada 2024 menerusi persembahan di Arena of Stars, Genting Highlands.
Setakat Mei 2026, Westlife kini tampil sebagai trio yang dianggotai Shane Filan, Nicky Byrne dan Kian Egan bagi semua jelajah serta persembahan langsung mereka. Ahli asal, Mark Feehily, masih berehat daripada aktiviti seni untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada tahap kesihatannya.
Peminat yang tidak mahu terlepas peluang menyaksikan Westlife secara langsung boleh mendapatkan tiket mengikut fasa jualan berikut:
Prajualan Mastercard
20 Julai (Isnin), 11 pagi hingga 11.59 malam
Prajualan Live Nation
21 Julai (Selasa), 11 pagi hingga 11.59 malam
Daftar sebagai ahli secara percuma menerusi Live Nation Malaysia untuk menikmati akses awal
Jualan Umum
22 Julai (Rabu) bermula 11 pagi
Mastercard Preferred
22 Julai (Rabu) bermula 11 pagi
Dapatkan tiket anda di sini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via