Pu Syed Tegur Kemesraan DSV & Dato’ Fazley – “Sebaiknya Nikah Lah Cepat”
Teguran itu dibuat atas dasar kasih sayang dan bukan untuk menghukum mana-mana pihak.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Hubungan mesra antara usahawan sensasi Datuk Seri Vida (DSV) dan penyanyi serta cef selebriti Dato' Fazley Yaakob terus menjadi perhatian ramai sejak kebelakangan ini

Terbaharu, pendakwah bebas Pu Syed tampil memberikan pandangannya selepas melihat beberapa video yang memaparkan kemesraan pasangan itu tular di media sosial.
Menerusi video di laman Threads, Pu Syed berkata jika benar kedua-duanya mempunyai perasaan antara satu sama lain, jalan terbaik adalah mendirikan rumah tangga.
Pu Syed turut mengingatkan agar hubungan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram mempunyai batas tertentu, lebih-lebih lagi apabila dipertontonkan kepada umum kerana ia boleh menjadi ikutan masyarakat.
Beliau bagaimanapun menjelaskan teguran itu dibuat atas dasar kasih sayang dan bukan untuk menghukum mana-mana pihak

Malah, beliau mendoakan agar segala urusan dipermudahkan sekiranya benar kedua-duanya mempunyai niat ke arah perkahwinan.
Sebelum ini, DSV dan Dato' Fazley beberapa kali mencuri perhatian netizen apabila sering muncul bersama dalam pelbagai video dan acara, sekali gus mencetuskan spekulasi mengenai hubungan mereka.
Namun, Dato' Fazley sebelum ini menjelaskan bahawa beliau hadir menemani DSV atas urusan tertentu dan menafikan dakwaan mereka sedang keluar berjanji temu.
Di ruangan komen, ramai netizen menyokong nasihat yang diberikan Pu Syed. Ada yang berpendapat jika benar sudah saling menyukai, lebih baik hubungan itu dihalalkan daripada terus menjadi bahan spekulasi di media sosial
Lihat video di sini:
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via