Semalam telah bermulanya sesi persekolahan bagi kesemua pelajar tingkatan 5 dan 6 selepas lebih tiga bulan sekolah ditutup akibat penularan wabak Covid-19
Bersekolah di musim Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), semua pelajar tersebut akan terbabit dengan normal baharu persekolahan dengan perlu mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin sebelum ini menjelaskan bahawa keputusan pembukaan sekolah terhadap palajar tingkatan 5 dan 6 itu itu dibuat setelah mengambil kira nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Ketika sesi pembukaan sekolah semalam, pihak media diberi peluang untuk melihat suasana di sekolah dan mendapatkan pandangan daripada segelintir pelajar
Sehubungan itu, telah viral di Twitter video seorang pelajar yang dilihat sedang ditemu-ramah oleh wartawan dari Malaysia Gazette sehingga membuatkan netizen terhibur dan berdekah.
Menerusi video yang dikeluarkan oleh portal tersebut, pelajar lelaki bernama Fikri itu dilihat begitu tenang menjawab soalan yang diberikan oleh wartawan bertugas.
Apa yang lebih melucukan, pelajar itu telah menjawab soalan yang diberikan dengan begitu jujur dan bersahaja sekali.
Sejak potongan video itu dikongsikan, ia telah mendapat lebih daripada 1 juta tontonan dengan 40 ribu retweets dan hampir 50 ribu tanda suka.
Rata-rata netizen yang menonton video itu tidak dapat menahan ketawa dan terhibur dengan reaksi serta jawapan yang diberikan oleh pelajar tersebut
Alahai jujurnya adik ni. Tapi baguslah sekurang-kurangnya dia ikhlas bila menjawab.
Apa pun, selamat kembali ke sekolah kepada semua pelajar tingkatan 5 dan 6. Terus jaga diri dan ikut SOP yang ditetapkan.