seismik

[VIDEO] Lebih 23K Retweets, 'Skill' Luar Biasa Adik Ini Goreng Telur Buat Netizen Terkejut

Berbakat besar adik ni.

Cover image via Twitter @shitmemeexe

Setiap orang pastinya memiliki bakat yang terpendam dalam diri masing-masing

Gambar sekadar hiasan

Image via Republika.co

Memiliki bakat serta kemahiran yang istimewa sememangnya adalah anugerah daripada Tuhan kepada hambaNya. Ada dalam kalangan kita yang mahir mengenai bab nyanyian, solekan, masakan dan pelbagai lagi. Justeru itu, penting untuk kita serlahkan bakat yang ada agar ia tidak terpendam begitu sahaja.

Namun yang penting, bakat tersebut perlulah sentiasa diasah agar kemahirannya dapat ditambah baik.

Baru-baru ini, telah viral di Twitter video mengenai seorang kanak-kanak yang memiliki bakat dalam bidang masakan

Video itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter bernama @shitmemeexe dan meraih lebih daripada 23 ribu retweets ketika artikel ini ditulis.

Menerusi video pendek berdurasi 0:24 saat itu, kanak-kanak lelaki itu dirakam melakukan aksi 'luar biasa' menggoreng telur dadar dengan menunjukkan beberapa skill.

Apa yang lebih mengagumkan, kanak-kanak itu dilihat sangat bersahaja dan tidak teragak-agak untuk melakukan aksi tersebut sehingga ke akhirnya.

Bakat serta kemahiran yang ditonjolkan kanak-kanak itu telah mendapat perhatian netizen dari Indonesia dan Malaysia

Rata-ratanya berasa terkejut dengan kebolehan yang ada pada kanak-kanak itu dan menganggap ia sebagai satu bakat yang mengagumkan.

Malah, mereka juga memuji skill kanak-kanak tersebut sambil berseloroh agar dia masuk ke program masakan terkenal, MasterChef.

Image via @shitmemeexe

Moga ia dapat dijadikan inspirasi buat semua.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Artikel berkaitan:

You may be interested in: