seismik

[VIDEO] Lihat Gelagat Pak Cik Ini Bila Hampir Tersalah Masuk Kereta Orang Lain. Lawak!

Mesti ramai yang pernah hadapi situasi macam ni kan?

Cover image via Twitter @InnaKoha

Setiap orang mesti pernah mengalami pengalaman lucu dalam hidupnya

Gambar sekadar hiasan

Image via Tribun Travel

Jika diingat kembali, ada kejadian lucu tersebut boleh dianggap sebagai satu peristiwa yang sangat memalukan dan sebolehnya mahu dibuang daripada pemikiran.

Namun sama ada ia disengajakan atau pun tidak, pengalaman yang dihadapi itu sebenarnya boleh dijadikan sebagai satu pengajaran dan kenangan buat diri kita.

Begitulah juga dengan satu kejadian yang telah tular di Twitter baru-baru ini melibatkan seorang insan yang boleh digelar sebagai pak cik

Video tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter bernama InnaKoha dan telah mendapat lebih daripada 15 ribu retweets ketika artikel ini ditulis. 

Menerusi video yang telah dikongsikan itu, kelihatan seorang lelaki yang agak berumur dilihat cuba memasuki sebuah kereta yang disangka miliknya.

Dalam video berdurasi 0:33 saat itu, lelaki tersebut seolah-olah cuba membuka pintu kereta berkali-kali dan turut terkial-kial melihat kuncinya tanpa menyedari kereta tersebut adalah bukan milik dia. 

'Cubaan' pak cik itu untuk memasuki kereta tersebut bagaimanapun gagal apabila individu yang pada ketika itu berada di dalam kereta tersebut kemudiannya membuka tingkap dan menegur bahawa dia tersalah kereta.

Tersentak dengan perkara itu, pak cik itu dilihat seolah-olah seperti terkejut dan berlalu pergi ke keretanya yang terletak di hadapan sambil turut diperhatikan rakan-rakannya yang berada di situ.

Kejadian lucu yang berlaku terhadap pak cik tersebut telah menyebabkan rata-rata netizen yang menontonnya berasa terhibur

Bukan itu sahaja, ramai juga yang turut berkongsikan kisah lucu dan memalukan pernah dihadapi mereka sebelum ini

Sudah menjadi lumrah sebagai manusia biasa, jika tersalah dalam melakukan sesuatu perkara.

Yang penting, jadikan ia sebagai pengalaman serta pengajaran buat diri kita.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Artikel berkaitan:

You may be interested in: