seismik

3 Ikon Usahawan Kongsi Kisah Inspirasi Buat Tetamu 'Wacana Srikandi' Sempena Hari Wanita

Program Wacana Srikandi mengangkat tema kejayaan wanita dalam usahawan dan kehidupan.

Cover image via Shah Alam Convention Centre

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Mengangkat tema "Wanita Dijulang Negara Gemilang" bersempena dengan Hari Wanita Antarabangsa pada tahun ini, SACC Convenc Sdn. Bhd. menganjurkan satu program Wacana Srikandi yang diadakan baru-baru ini di Grand Ballroom Shah Alam Convention Centre

Dalam majlis tersebut menampilkan tiga ikon wanita tanah air iaitu Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Chatime Malaysia, Aliza Ali; Ketua Pegawai Eksekutif Avenys Malaysia Sdn Bhd, Aleeya Zailan dan penerima Anugerah Inspirasi Pesona Wanita Johor.

Melalui forum yang dihoskan oleh Fedtri Yahya bertajuk "Wanita Inspirasi, Ikon Berkualiti", mereka berkongsi pengalaman jatuh bangun dalam perniagaan, pelbagai rintangan dilalui untuk mengukuhkan empayar perniagaan mereka hingga membuahkan hasil. Secara tidak langsung memberikan inspirasi suntikan semangat kepada para tetamu.

3 ikon wanita hebat ini berkongsi forum dalam program Wacana Srikandi yang dihoskan oleh Fedtri Yahya.

Image via Shah Alam Convention Centre

Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri ketika merasmikan program Wacana Srikandi.

Image via Shah Alam Convention Centre

Dalam pada itu, program ini juga disempurnakan oleh Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, turut menggalakkan para wanita untuk sentiasa bergiat secara aktif dalam bidang ekonomi serta tenaga buruh, di mana kedua-dua ini dapat membantu dalam menjana pendapatan untuk diri sendiri, keluarga sekaligus mewujudkan peluang pekerjaan.

Diserikan lagi dengan persembahan yang memukau daripada penyanyi tanah air iaitu Anuar Zain, Syamel dan Ernie Zakri serta persembahan fesyen dengan 21 peragaan dari House of Jedan Shah Alam dengan temanya ‘Cahaya Di Aidilfitri’.

Persembahan fesyen dengan 21 peragaan dari House of Jedan Shah Alam dengan temanya ‘Cahaya Di Aidilfitri’.

Image via Shah Alam Convention Centre

Persembahan yang memukau daripada penyanyi tanah air iaitu Anuar Zain.

Image via Shah Alam Convention Centre

Ernie Zakri dan Syamel.

Image via Shah Alam Convention Centre

Penyampaian penghargaan dan sumbangan kepada 3 buah rumah kebajikan

Antara rumah kebajikan yang mendapat manfaat tersebut adalah Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia, cawangan Selangor, Yayasan Kebajikan Negara dan Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dengan sumbangan sebanyak RM10,000 bagi setiap rumah.

Untuk rekod, program Wacana Srikandi ini disokong oleh Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta ditaja oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) selaku penaja utama dan para penaja lain iaitu Menteri Besar Incorporated, Worldwide Holdings Berhad, Selgate Corporation, Datum Corp International Sdn. Bhd., Johawaki, Argania, Ferraflora, CIMB Bank, Concorde Hotel, Naturel dan House of Jedan Shah Alam dengan kerjasama Thrillerz dan MyTicket Asia.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: