4 Budak Maut Di Kulim, Dipercayai Cuba Ambil Bola Jatuh Dalam Longkang
Sedihnya, salam takziah buat semua ahli keluarga keempat-empat mangsa.
Cover image via Berita HarianFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Empat kanak-kanak maut selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang ketika cuba mengambil bola yang terjatuh ketika mereka bermain bola sepak di Taman Desa Kayangan, Kulim, Kedah semalam
Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Syamsul Sinring berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika semua mangsa sedang bermain bola sepak di kawasan perumahan berkenaan.
"Kejadian dipercayai berlaku ketika semua mangsa bermain bola sepak… difahamkan bola mereka digunakan terjatuh ke dalam longkang.
"Semua mangsa cuba untuk mengambil bola terbabit sebelum terjatuh," katanya.

Difahamkan, longkang berkenaan dianggarkan mempunyai kedalaman kira-kira 10 kaki atau lebih tiga meter, manakala lebarnya sekitar enam kaki (1.82 meter)
Terdahulu, dua kanak-kanak berusia 12 tahun ditemukan lemas dalam longkang terbabit.
Manakala, dua lagi rakan mereka masing-masing berusia lapan dan 11 tahun turut dikeluarkan dari longkang sebelum dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Bagaimanapun, kedua-dua mangsa berkenaan turut disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang maut dalam kejadian itu seramai empat orang.
Syamsul berkata, kesemua mangsa akan dibawa dari Hospital Kulim ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk proses bedah siasat.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


