seismik

5 Orang Masuk Hospital Gara-Gara Kopi, Pekerja Beritahu Produk Mereka 'Dijamin Selamat'

Ini kali pertama mereka terima rungutan.

Cover image via SAYS via Maz Ahmad / Facebook

Viral sejak dua hari lepas tentang berita keracunan makanan yang dialami oleh 5 individu selepas meminum kopi pracampur 'durian white coffee'

Kopi pracampur 'Durian White Coffee' didakwa menjadi punca lima individu mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas mengalami sindrom letih dan lemah teruk sejak 27 hingga 30 Januari lepas.

Astro Awani melaporkan kesemua mereka terdiri daripada dua wanita tempatan, dua lelaki warga Nepal, dan seorang lelaki tempatan.

Posted by Maz Ahmad on Tuesday, January 30, 2018

Pengarah Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, Dr Wan Mansor Hamzah berkata pihaknya kini menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar

Setakat ini, tiada kes baru yang dilaporkan dan kejadian itu juga tidak menyebabkan kematian.

Dalam masa yang sama, masyarakat dinasihatkan untuk tidak membuat spekulasi, termasuk menyebarkan maklumat tidak sahih.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata keputusan analisis akan dikeluarkan tidak lama lagi

Analisis berkenaan bertujuan bagi mengenal pasti sama ada kopi pracampur itu mengandungi bahan kimia terlarang atau tidak.

"Kami jangka keputusan analisis ini akan dikeluarkan dalam masa terdekat dan jika keputusan itu mendapati ia mengandungi bahan terlarang, jenama kopi itu akan dihebahkan kepada orang ramai dan pengeluarnya akan diarahkan menarik balik produk itu daripada pasaran," katanya.

Walau bagaimanapun, pekerja syarikat kopi terbabit menegaskan bahawa produk mereka adalah selamat untuk diminum dan mereka tidak pernah menerima apa-apa rungutan sebelum ini

Memetik laporan The Star, mereka membela jaminan keselamatan produk mereka dengan menegaskan bahawa syarikat itu mematuhi segala prosedur kesihatan dan keselamatan makanan yang diperlukan dan telah menerima sijil yang sah.

"Ahli lembaga dan kakitangan syarikat begitu yakin bahawa produk kami, termasuk kopi adalah sesuai untuk semua dan selamat untuk diminum," kata salah seorang pekerja.

"Tiada seorang pun yang mengadu tentang produk itu kepada kami. Kami hanya tahu tentang kejadian itu melalui media sosial."

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Doktor palsu pun sekarang makin ramai. Silap langkah, habis jahanam!

Pernah dengar nama-nama tempat yang pelik dalam senarai ini?

You may be interested in: