seismik

5 Sebab Kenapa Bas Rapid Transit (BRT) Di Sunway Ini Sangat 'Cool'!

Malaysia sememangnya terkenal dengan projek-projek mega yang canggih dan bertaraf dunia. Sistem BRT ini adalah satu lagi projek yang seumpama itu.

Cover image via myrapid.com.my

1. Seakan-akan pengangkutan awam keretapi tetapi dalam bentuk bas yang sememangnya lain daripada yang lain dengan laluan bertingkat khas sendiri sepanjang 5.4 kilometer

Image via myrapid.com.my

Bus Rapid Transit (BRT) ialah konsep pengangkutan awam yang asing di Malaysia. Sistem BRT menggunakan bas sebagai pengganti kepada keretapi untuk mengangkut penumpang dengan cepat menggunakan laluan yang hanya digunakan oleh bas khas sepanjang 5.4 kilometer.

amanz.my

2. Mencatat sejarah sebagai perkhidmatan bas elektrik penuh pertama negara yang akan memuatkan seramai 2,400 penumpang setiap jam

BRT Sunway juga akan beroperasi selama 18 jam sehari dengan kekerapan ketibaan bas setiap lima minit. Ini bermakna, setiap bas akan mampu mengambil penumpang di salah satu stesen sebanyak 216 kali sehari.

Image via myrapid.com.my

“Dari segi manfaat, kita tidak hanya bercakap tentang 500,000 penduduk di Bandar Sunway dan Subang. Projek ini juga akan memberi manfaat kepada jutaan orang yang berkunjung ke Bandar Sunway, Sunway Lagoon, Sunway Pyramid, penuntut kolej, orang tempatan yang bekerja di sekitar kawasan ini, golongan perniagaan dan mereka yang mendapatkan rawatan perubatan di Sunway Medical Centre."

“Dengan integrasi dan ketersambungan dengan perkhidmatan KTM Komuter dan LRT kami pada masa depan, impak daripada projek adalah amat besar dalam aspek mobiliti dan ketersambungan rakyat, yang menjadi intipati bisnes Prasarana."

“Kami juga berharap bahawa dengan projek ini akan membuka lebih banyak lagi pintu peluang untuk projek PPP. Kami di Prasarana sentiasa bersikap terbuka kepada apa jua cadangan demi kepentingan rakyat,” kata Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana Encik Azmi Abdul Aziz.

astroawani.com

3. Mempunyai tujuh stesen yang menghubungkan kepada dua perkhidmatan pengangkutan awam yang utama iaitu rangkaian Transit Aliran Ringan (LRT) dan perkhidmatan komuter KTM

Image via myrapid.com.my

BRT laluan Sunway akan menghubungkan lokasi-lokasi utama di Bandar Sunway, USJ dan Subang Jaya menerusi tujuh buah stesen yang juga dihubungkan dengan sistem pengangkutan awam yang lain.

Senarai tujuh stesen BRT:

1. Sunway - Setia Jaya

2. Mentari

3. Pyramid

4. SunMed

5. Sun-U

6. South Quay

7. Sunway - USJ7

myrapid.com.my

4. Mengambil masa selama dua tahun setengah sahaja untuk siap, satu jangka masa yang pantas bagi sebuah projek mega

Image via nst.com.my

Dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak pada 9 Jun 2012, projek BRT menggabungkan ciri-ciri keselesaan sistem LRT dengan penggunaan laluan khusus, bas mesra alam dam infrstruktur mesra pelanggan.

Menjelang 2035, jumlah penumpang dijangka mencapai 5,200 penumpang dalam sejam. Dengan kelajuan maksima 80km/jam, bas-bas ini dilengkapi sepenuhnya dengan fasiliti untuk golongan OKU dengan kapasiti 67 penumpang di mana 25 duduk.

astroawani.com

5. Menghasilkan video grafik yang sangat menarik dan padat dengan informasi tentang sistem BRT yang perlu diketahui semua orang

Untuk makluman, perkhidmatan BRT Sunway ini dijangka beroperasi sepenuhnya pada Jun 2015. Pasti ramai yang tak sabar untuk mencubanya bukan?

Image via thevocket.com

Lebih 500,000 orang di Bandar Sunway dan USJ Subang Jaya akan mendapat manfaat daripada projek Bas Rapid Transit (BRT) yang pertama di negara ini yang dijangka akan memulakan operasi dari bulan Jun 2015.

mstar.com.my

Anda juga mungkin meminati:

You may be interested in: