"Tanpa Rasa Serba Salah" - Ini 5 Tips Berbelanja Dengan 'Beli Dulu, Bayar Kemudian'
Rancang perbelanjaan anda!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Artikel ini ditaja oleh Grab.
Khidmat tanpa kad kredit seperti 'Buy Now, Pay Later' (BNPL) semakin popular hari ini
Disebabkan pandemik yang berlaku sejak tahun lepas, industri e-dagang telah mengalami perkembangan yang deras, ramai yang memilih untuk membeli barangan secara atas talian.
Pengguna juga dikesan lebih minat menggunakan khidmat tanpa kad kredit iaitu 'Beli Dulu, Bayar Kemudian'. Ramai lebih selesa menggunakan khidmat tersebut kerana BNPL membolehkan pelanggan memilih kaedah pembayaran pada bulan berikut atau dengan ansuran tanpa faedah.
Meskipun ini merupakan pilihan yang selesa, tetapi kita perlulah berbelanja mengikut kemampuan masing-masing.
Jom ikuti 5 tips berbelanja tanpa rasa serba salah:
1. Tanya diri sendiri, adakah sesuatu itu perlu atau mahu?
Pastikan anda tahu untuk membezakan antara keperluan dan kemahuan. Keperluan boleh dikategorikan kepada tiga, iaitu:
Keperluan Asas - Perkara perlu untuk meneruskan kehidupan seperti utiliti, sewa, makanan, pendidikan, penyelenggaran kenderaan, bil kad kredit dan lain-lain.
Majlis Khas - Cenderahati buat orang tersayang ketika musim perayaan seperti Hari Raya/Tahun Baru Cina/Krismas/Deepavali dan majlis khas seperti ulang tahun perkahwinan, hari ibu atau hari bapa dan hari lahir.
- Kecemasan - Keperluan kecemasan yang tidak diduga seperti bil perubatan, alat kelengkapan elektrik yang perlu diganti, baiki kereta atau rumah dan lain-lain lagi.
Namun jika ia pilihan yang harus diambil kira kerana belanja lebih mendesak seperti sewa rumah, maka lupakan terlebih dahulu. Bayar sewa rumah harus mengatasi basikal cantik.
Tips: Belanja ke atas barangan yang perlu dan tangguhkan daripada berbelanja ke atas apa yang kita mahu.
2. Berapa patut saya belanja?
Selepas mengenal pasti jumlah belanja keperluan bulanan, elakkan daripada berbelanja membeli basikal tersebut! Masih perlu menyimpan untuk waktu kecemasan.
Selepas mengambil kira perkara tersebut barulah teruskan niat membeli basikal impian tersebut. Menjejak perbelanjaan keperluan dan simpanan adalah sesuatu yang sukar untuk dilakukan tetapi bajet bulanan boleh bantu jalani tugas mengira dan mengagih dengan mudah.
Protip: Digalakkan untuk menyimpan 20% pendapatan bersih purata bulanan
3. Terlebih bajet walaupun bayar secara ansuran?
Kadangkala, anda juga perlu membahagi kos produk yang dibeli. Dalam hal ini, pembayaran sebuah basikal dibahagikan kepada beberapa bulan akan menyebabkan kita rasa murah dan berbaloi.
Hakikatnya, kita perlu agihkan sejumlah perbelanjaan untuk melunaskan hutang beli basikal, buat tempoh beberapa bulan. Ditambah dengan keperluan lain-lain yang tidak perlu dibeli.
4. Ada perkara lain yang harus dibayar secara ansuran?
Sama seperti tips kedua, ketika anda merancang untuk membayar satu-satu item menerusi pelan ansuran, anda harus mengambil kira kewangan yang perlu ada untuk membayar lain-lain item juga secara ansuran.
Tidaklah anda dibebani dengan perbelanjaan sehingga tidak cukup untuk berbelanja bagi keperluan lain dan untuk menyimpan!
5. Selalu membuat research
Tidak dinafikan banyak pelan BNPL yang ada di pasaran, anda perlulah membandingkan pelan yang tebaik dan sesuai dengan kepeluan dan bajet bulanan anda.
Sesetengah perkhidmatan mungkin menawarkan pulangan tunai, mata ganjaran atau had yang lebih terurus, jadi pilih pilihan terbaik untuk anda!
Grab kini menawarkan perkhidmatan PayLater
PayLater adalah opsyen pembayaran daripada Grab, ia membolehkan pelanggan yang layak untuk membeli dan merancang pembayaran secara ansuran supaya mudah mengurus aliran tunai.
Menerusi PayLater, pelanggan mempunyai fleksibiliti membayar pada bulan hadapan sambil mengumpul Grab Rewards atau menikmati empat ansuran bebas faedah.
Mengapa PayLater?
Bebas kadar faedah tanpa yuran tambahan apabila bayaran dibuat mengikut jadual
Dilengkapi lain-lain ciri seperti tolak auto bayar bil, supaya pelanggan dapat berbelanja tanpa runsing
Boleh diguna untuk menggabung perbelanjaan bulanan Grab dalam satu bil dan membayar pada bulan hadapan
Tiada perlu bayar wang cengkeram
Bagaimana PayLater berfungsi untuk berbelanja online? Senang saja!
1. Pelanggan pilih PayLater di ruang daftar pilih peniaga
2. Grab bayar dahulu peniaga untuk produk pilihan pelanggan
3. Pelanggan bayar nilai ¼ daripada bil ketika membeli produk dan baki dibayar
ansur
4. Pelanggan dapat item langsung
Dengan PayLater Grab, pelanggan Grab mudah mengurus bajet bulanan dan membayar pelbagai item seperti gajet elektronik, pakaian, kelengkapan rumah serta produk untuk si kecil, secara lancar dan selamat.
PayLater mensyaratkan nombor mudah alih pelanggan berdaftar di daftar keluar ketika berbelanja. Setiap transaksi disahkan dengan kata laluan One-Time Password (OTP) yang dihantar kepada telefon mudah alih pelanggan dengan notifikasi masa sebenar bagi setiap transaksi yang berjaya terlaksana, potongan bayaran atau bayaran balik semuanya di aplikasi Grab.
Bagi memantap keselamatan akaun Grab, pelanggan seharusnya mengaktif pengesahan dwifaktor masing-masing (2FA) dengan enam angka PIN Grab atau biometrik atau Face ID mengikut keperluan perkakas mudah alih.
Semua pengguna GrabPay dilindungi enjin pengesan pemalsuan 24/7 yang disokong oleh kumpulan keselamatan anti-pemalsuan dalaman Grab. Semua maklumat peribadi pengguna adalah selamat dan tertakluk kepada Payment Card Industry Data Security Standard (PCI DSS). GrabPay juga dikawal selia Bank Negara Malaysia dan pelanggan selamat membuat bayaran dengan PayLater Grab.
Untuk maklumat selanjutnya mengenai bagaimana PayLater membantu pelanggan berbelanja dengan hemah, sila kunjungi SINI.