seismik

5 Youtube Channel Yang Jana Income Paling Tinggi Di Asia Tenggara, Malaysia Tersenarai!

Bangga dengan produksi Malaysia!

Cover image via Les Copagque & Zuni and Family

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Zaman sekarang, ramai yang mengimpikan untuk menjadi seorang YouTuber bukan?

Menjadi seorang YouTuber bukanlah mudah, seseorang itu perlu pandai menghasilkan konten kreatif selain mahir dalam bidang penyuntingan video. Senang cerita, nak jadi Youtuber pun kena ada ilmu supaya video yang dihasilkan bermanfaat untuk penonton. 

Image via GIPHY

Seperti yang ramai tahu juga, YouTube channel yang mempunyai ramai pengikut akan diberi ganjaran duit mengikut kadar yang ditetapkan. Ini adalah salah satu inisiatif YouTube untuk menggalakkan orang ramai mencari ilmu di YouTube. 

Ini top 5 YouTube Channel yang jana pendapatan tinggi di Asia Tenggara:

1. Raffy Tulfo In Action - Filipina ($26,365,433)

Raffy Tulfo ialah seorang wartawan Filipina yang tinggal di Mandaluyong City, Filipina. Beliau mempunyai sifat tegas dan tanpa kompromi terhadap isu-isu yang berkaitan dengan penyalahgunaan dan ketidakadilan yang dilakukan oleh orang berkuasa terhadap rakyat. 

Beliau berjuang untuk golongan yang ditindas seperti pekerja. Beliau juga dikenali  sebagai "Mr. Action Man" dan "Idol Raffy" dalam kalangan peminatnya.

Pengikut: 27.2M

2. Beam Copphone - Thailand ($25,004,535)

Saluran YouTube ini mengisahkan sebuah keluarga Thailand yang mencorakkan rutin harian mereka.

Video Beam selalunya terdiri daripada pengalaman mereka sekeluarga pergi melancong. Hubungan rapat antara ibu ayah dan anaknya terpampang di setiap video. 

Pengikut: 7.98M

3. Les Copaque Production - Malaysia ($16,730,624)

Sudah tidak asing lagi bagi seluruh Asia mengenali Les’ Copaque Production dengan animasi popular mereka, siri Upin & Ipin yang menerima pelbagai anugerah dan penghargaan selama 16 tahun mereka berada dalam industri animasi.

Saluran YouTube Les’ Copaque juga merupakan saluran pertama di Malaysia yang mencapai 10 juta pengikut dan menerima anugerah “Diamond Play Button”.

Animasi Upin & Ipin bukan saja popular di tanah air, malah juga di negara seberang iaitu, Indonesia.

Pengikut: 18.5M

4. Tony TV - Vietnam ($14,098,048)

Tony TV mengisahkan seorang remaja lelaki berani mencuba apa saja aktiviti yang ada di sekitar kampungnya. 

Ada juga video yang memaparkan dia dan rakan-rakan merakam filem pendek yang direka sendiri jalan ceritanya. 

Pengikut: 9.65M

5. Zuni and Family - Indonesia ($12,200,387)

Zuni and Family pula menghasilkan konten yang kreatif, bukan mengenai vlog keluarga namun mereka sekeluarga menghasilkan video nursery ryhmes sambil mengajar penonton cilik tentang warna, bentuk dan banyak lagi. 

Pengikut: 18.4M

Sumber: Saving Spot

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: