54 Rakyat Malaysia Dilaporkan Hilang Selepas Kejadian Banjir Kilat Melanda Nepal

Difahamkan, usaha mendapatkan perkembangan mengenai keadaan mereka sedang giat dijalankan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via FMT & AFP

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jumlah rakyat Malaysia yang masih belum dapat dihubungi susulan bencana banjir kilat di Rasuwa, Nepal meningkat kepada 54 orang, berbanding 17 yang dilaporkan sebelum ini

Menurut laporan Free Malaysia Today, Lembaga Pelancongan Nepal berkata urusan perjalanan rakyat Malaysia terbabit dikendalikan agensi pelancongan Fishtail Tours and Travels.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu kini bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Nepal serta agensi berkaitan bagi mengesan kesemua rakyat Malaysia terbabit.

Menurutnya, usaha mendapatkan perkembangan mengenai keadaan mereka sedang giat dijalankan.

"Saya amat terkesan apabila dimaklumkan oleh Kementerian Luar Negeri (KLN) bahawa 54 rakyat Malaysia masih belum dapat dihubungi setakat ini," katanya.

SAYS.com
Image via AFP

Anwar berkata kerajaan akan terus memantau perkembangan tragedi itu dan menggembleng segala usaha yang diperlukan bagi memastikan keselamatan serta kebajikan rakyat Malaysia yang terjejas menjadi keutamaan

Dalam pada itu, pegawai dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka, Bangladesh turut digerakkan bagi membantu memperkukuh penyelarasan di lapangan.

Sebelum ini, Lembaga Pelancongan Nepal melaporkan 17 rakyat Malaysia antara ratusan warga asing yang hilang selepas banjir kilat melanda Rasuwa.

Bencana itu berlaku selepas Sungai Bhote Koshi melimpah, menyebabkan beberapa kampung dihanyutkan serta jalan raya, bangunan dan projek hidrokuasa di kawasan Rasuwagadhi-Timure mengalami kemusnahan.

Operasi mencari dan menyelamat kini diteruskan bagi mengesan mereka yang masih belum dapat dihubungi.

SAYS.com
Image via FMTImage via

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: