6 Perkara Sihat Tentang Cinta Yang Doktor Tak Pernah Beritahu
Nak bercinta boleh tapi lebih elok kalau tahu kebaikannya.
1. Cinta membantu anda hidup lebih lama dan juga menjadi lebih matang
Apabila anda jatuh cinta, ia sebenarnya baik untuk jantung dan kesihatan mental anda. Ini kerana tahap dopamin yang meningkat membantu anda rasa lebih gembira.
Mengikut kajian: Apabila seseorang itu berasa gembira, dia akan lebih berfikiran positif, lebih matang dan ini membawa kepada jangka umur yang lebih panjang.
2. Cinta menjadikan wajah anda menjadi lebih bersinar...
Pernah tak anda dengar orang cakap "Bukan main bersinar muka dia. Biasalah, orang tengah bahagia."
Mengikut kajian: Apabila seseorang itu dilamun cinta, badan anda akan melepaskan pelbagai jenis hormon termasuklah hormon endorfin dan hormon ini membantu anda menjadi lebih gembira dan kelihatan lebih bersinar.
3. Dan cinta dapat mengurangkan stress
Mengikut kajian: Hormon endorfin juga membantu mengurangkan tahap hormon kortisol iaitu hormon yang dilepaskan semasa anda berasa tertekan. Secara tidak langsung, ia dapat mengurangkan stress. Jadi, kurang tekanan, kuranglah jerawat!
4. Cinta juga dapat mengurangkan tekanan darah
Mengikut kajian: Sentuhan orang yang tercinta dapat mengurangkan tekanan darah. Ini kerana apabila anda menyentuh pasangan anda, badan anda akan melepaskan hormon oxytocin. Hormon ini membantu anda rasa lebih tenang dan menggalakkan badan serta otak anda menjadi lebih sihat.
5. Cinta membuat anda rasa lebih yakin
Mengikut kajian: Otak orang yang dilamun cinta melepaskan satu jenis kimia yang dipanggil sebagai dopamin dimana ia memberi kesan yang sama sekiranya seseorang itu dibawah pengaruh dadah.
Dengan kesan ini, anda akan kurang rasa bimbang dan pada masa yang sama, anda akan menjadi lebih yakin tentang diri anda.
6. Cinta pulihkan luka dengan lebih pantas
Ramai yang percaya cinta penyebab luka yang lara. Tetapi, tahukah anda bahawa cinta sebenarnya boleh merawat luka?
Luka yang dimaksudkan di sini adalah kecederaan fizikal. Satu kajian mendapati luka lebih cepat sembuh apabila seseorang itu sedang dilamun cinta berbanding seseorang yang sedang sunyi.
Mengikut kajian: Ia dipercayai bahawa sel cytokines yang dikeluarkan apabila seseorang itu dalam keadaan sedih atau sunyi melambatkan penyembuhan kecederaan. Sekiranya anda sedang dilamun cinta, sel cytokines yang dikeluarkan menjadi lebih kurang dan sebab itulah luka anda akan sembuh dengan lebih pantas.
Selain daripada membantu anda menjadi lebih sihat, apa lagi yang berlaku setiap kali anda dilamun cinta? BACA DI SINI:
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook SAYS SEISMIK serta 'follow' kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!