seismik

6 Tips Paling Win Buat #IbuSejati Di Luar Sana Untuk Kekal Aktif & 'Energetic' Masa Puasa

InsyaAllah, takkan lesu di bulan puasa ini. Jom cuba? :)

Cover image via Farouq Johari

Eh, dah pertengahan bulan Ramadan lah! Cepatnya masa berlalu...

Image via Tenor

Bagi sesetengah yang masih belum berkeluarga, tak perlu banyak persiapan pun. Tapi bagi mereka yang sudah menjadi ibu, agak mencabar bagi mereka tiap kali tiba bulan Ramadan.

Mana tidaknya, nak kemas rumah, masak lauk untuk berbuka/sahur, kerja, buat persiapan raya, hantar anak pergi sekolah dan sebagainya. Sempat ke nak buat semua itu? Silap haribulan, tak cukup rehat dan kurang bertenaga di siang hari.

Image via Giphy

Sebagai seorang ibu, anda sepatutnya tahu cara untuk menyeimbangkan masa antara rehat, kerja dan sebagainya. Barulah bertenaga dan tak lesu ketika berpuasa. Jangan risau, di bawah kami sediakan tips terbaik untuk ibu di luar sana praktik.

Pasti akan lebih bertenaga!

1. Tukar giliran untuk masak lauk sahur dan berbuka dengan ahli keluarga yang lain

Image via Giphy

Bila dah berkeluarga, tugas di rumah seperti mengemas rumah, ambil anak, basuh baju dan sebagainya akan dibahagikan ikut kata sepakat. Takkan si ibu je nak kemas rumah. Sama juga macam memasak, apa kata tukar-tukar giliran dengan suami pula?

Hari ini ibu masak lauk sahur, apa kata juadah berbuka disediakan oleh ayah pula? Untuk esok, tukar-tukar lagi. Jadi, tidaklah seorang saja yang penat setiap hari. Bertolak-ansurlah dalam hal rumahtangga, baru hidup bahagia bukan?

2. Perbanyakkan pengambilan kurma untuk dijadikan sebagai pembekal tenaga yang lebih berpanjangan

Gambar sekadar hiasan.

Image via Media Ihram - Ihram Asia

Kata orang, kurma penuh khasiat yang bagus untuk anda supaya kekal lebih bertenaga sepanjang bulan Ramadan. Memang betul, dalam kurma mengandungi nutrisi seperti protein, zat besi, vitamin B6 dan banyak lagi.

Selain itu, ia juga tinggi serat dan antioksidan yang mampu meningkatkan kesihatan otak serta memudahkan proses bersalin. Nampak tak kurma ni baaanyak manfaatnya untuk setiap wanita?

Image via Seismik Makan

Kalau boring makan kurma macam tu je, anda juga boleh pelbagaikan resipi kurma dengan menghasilkan smoothie, jus, roti, nasi, cucur dan sebagainya. Janji, rajin-rajinkanlah diri mengamalkan kurma dalam bulan puasa. Baru bertenaga!

3. Mengurangkan kerja yang memerlukan anda untuk berfikir dengan banyak

Image via Gfycat

Ketika bulan Ramadan, kita dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti melalaikan dan berat sehingga memerlukan anda untuk sentiasa berfikir. Sebaliknya, banyak berzikir, bersabar dan beramal kepada Allah setiap masa.

Tanpa disedari, aktiviti yang memerlukan anda untuk banyak berfikir ini sebenarnya memberi tekanan kepada otak, seterusnya memenatkan badan dan menjadikan badan kita lemah. Janganlah amalkan selalu. Seimbangkan masa antara kerja, keluarga dan amal ibadat ketika berpuasa.

4. Puasa, puasa juga. Bersenam juga penting ya, yang ringan-ringan pun sudah memadai.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Berpuasa-berpuasa juga, tapi senaman juga penting supaya badan anda akan sentiasa cergas dan bertenaga sepanjang hari. Tak susah pun, buat regangan dan senaman ringan sejam sebelum tidur, selepas solat Subuh atau sebelum pergi kerja.

Dengan melakukan senaman, badan, urat dan sendi anda akan aktif serta tidak terasa lemah. Ia akan membuatkan anda berasa lebih bertenaga sepanjang hari walaupun berpuasa. Jangan lupa, minum air kosong ketika sahur dan berbuka juga ya.

5. Memastikan anda dapat rehat yang secukupnya

Gambar sekadar hiasan.

Image via Sirap Limau

Bulan puasa memang akan rasa lemah semacam je bila dah waktu tengahari. Padahal baru pukul 11. Mana tidaknya, pagi-pagi kena bangun sahur, lepas sahur tak baik tidur, kena siap-siap pergi kerja pula. Waktu rehat untuk diri sendiri makin berkurang.

Jadi, apa kata anda tidur lebih awal di bulan puasa ini. Habis je solat terawih dalam pukul 10, teruslah tidur. Cukup tidur 6 jam! Jangan layan drama dekat TV, main telefon sampai tengah malam, tengok movie dan sebagainya. Manfaatkan sebaiknya waktu rehat di bulan Ramadan ini.

6. Sebelum masuk tidur, siapkan terlebih dahulu juadah untuk sahur. Jimat sikit masa.

Image via BuzzFeed

Bila tiba waktu sahur, perkara paling malas nak buat adalah masak juadah sahur. Waktu itulah nak potong bawang, tumis dan sebagainya. Mesti ambil masa lama, tahu-tahu dah nak masuk waktu Subuh dah. Anak tak bangun lagi pula!

Sebaiknya anda siapkan bahan-bahan untuk masak lauk sahur sebelum tidur. Jadi masa bangun nanti tinggal masak je. Kalau rajin, masak terus lauk buat sahur nanti pun boleh. Bangun-bangun terus makan. Kan jimat masa?

Bukan anda sahaja yang menghadapi cabaran menyediakan juadah sahur, #IbuSejati yang lain pun mengalami cabaran yang sama juga

Jadikan juadah sahur anda lebih lazat dengan adanya mayonis sebenar Lady’s Choice

Image via Lady's Choice

Ketika #IbuSejati menyediakan juadah sahur untuk seisi keluarga sepanjang Ramadan ini, apa kata berikan sedikit ‘twist‘ kepada hidangan dengan menambah mayonis sebenar Lady’s Choice ke dalam juadah untuk lebih keenakan supaya mereka berselera ketika menjamu selera.

Mayonis sebenar Lady’s Choice yang popular di kalangan #IbuSejati mengandungi minyak kacang soya yang kaya dengan asid lemak tak tepu termasuk Omega 3 (ALA). Ia juga membantu penyerapan vitamin A, D, E & K yang sesuai untuk tumbesaran anak-anak.

Fuh, lazatnya!

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Kalau anda tak ada idea untuk mempelbagaikan resipi bersama Lady’s Choice, apa kata layari laman web Nak Makan Apa. Memang banyak resipi berkhasiat untuk membekalkan tenaga sepanjang berpuasa dan semuanya sesuai untuk disediakan ketika waktu sahur.

Jom dapatkan mayonis Lady’s Choice di kedai-kedai berhampiran. Dengan mayonis Lady’s Choice, sedikit twist boleh gembirakan keluarga. 

Selamat berpuasa semua!

Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Tolong hargai ibu masing-masing. Besar pengorbanan mereka buat ahli keluarga tersayang.

Ibu yang menyusu juga boleh berpuasa: