seismik

Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya 2024: Jualan 66 Jam Beli-Belah Tanpa Henti Untuk Anda!

Jangan lupa datang ke MITEC, Kuala Lumpur dari 29 Mac hingga 1 April ini.

Cover image via @absolutbazaar (Instagram)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya 2024 kembali lagi untuk tahun yang ketiga!

Tentunya anjuran bersama oleh My Events International dan Absolut Events & Management menjanjikan pengalaman Festival Raya yang lebih meriah dan memukau.

Gelombang Festival Raya ini akan melanda MITEC, KL pada 29 Mac hingga 1 April 2024 selama 66 jam tanpa henti. 

Untuk memastikan ABGR tetap menjadi Festival Raya Terbesar, pihak penganjur menawarkan sebanyak 720 tapak reruai dengan hasil keuntungan sebanyak RM20 juta daripada pempamer serta menarik seramai 2 juta pengunjung untuk memeriahkan festival raya ini.

Dengan perkembangan yang progresif pada kadar 25% setiap tahun, pencapaian ini memberikan peluang yang baik kepada usahawan dan perusahaan kecil dan sederhana (SMEs). 

ABGR menjadi pilihan yang ideal bagi mereka yang ingin memperkenalkan produk dan perkhidmatan mereka kepada ramai, serta membina rangkaian perniagaan yang lebih meluas.

Festival ini dimeriahkan lagi dengan barisan selebriti seperti Dato' Siti Nurhaliza, Amy Search, Diana Danielle, Dolla, Hael Husaini, Aedy Ashraf, Beto Kusyairy, Sharnaaz Ahmad, Meerqeen, Neelofa, Ziana Zain, Bella Astillah, Alif Satar, Johan, Ozlynn, Anna Jobling, dan ramai lagi. 

Para pengunjung juga berpeluang untuk menyaksikan sesi podcast "Keluar Sekejap" secara langsung yang akan diadakan pada 30 Mac jam 10 malam. Keluar Sekejap merupakan podcast politik mingguan Malaysia yang dikendalikan oleh dua ahli politik Malaysia, Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan.

Bukan itu sahaja, mini Absolut FoodFest juga turut menyediakan lebih daripada 80 penjual yang menawarkan pelbagai juadah untuk berbuka puasa dan bersahur. 

Ruangan solat turut disediakan untuk pengunjung yang ingin menunaikan solat dan solat tarawih. Ini menjadikan ABGR sebagai destinasi yang sangat sesuai untuk berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan.

Media Prima Berhad turut menjadi rakan media rasmi untuk Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya 2024

Melihat kepada kejayaan dan sambutan daripada pengunjung 2 tahun lepas, pihak penganjur mengekalkan aktiviti untuk semua pengunjung seperti Money Chamber, Wheel of Fortune dan Happy Hour yang pasti akan memeriahkan suasana. 

Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya 2024 juga bangga menerima sokongan daripada Media Prima Berhad sebagai Rakan Media Rasmi. Pelbagai aktiviti menarik di zon "Macam Dulu-Dulu" seperti beramah mesra bersama selebriti-selebriti TV9, TV3 dan penyanyi lagu "Macam Dulu-Dulu" Khai & Marsha. Lawati zon "Macam Dulu-Dulu" di Dewan 2, petak Somborne D10 - hayati kemanisan nostalgia menerusi xtra.com.my/macamduludulu.

Selain itu, masih terdapat pelbagai kejutan menarik yang bakal diumumkan menjelang festival raya tersebut. Pihak penganjur berharap agar pengunjung dapat mengikuti perkembangan terkini melalui laman sosial ABXGR di @gaya_raya dan @absolutbazaar

Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya 2024 – Festival Raya Terbesar dan nikmati pengalaman membeli-belah selama 66 jam tanpa henti di MITEC, KL.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

More stories to read: