seismik

Adakah Wanita Boleh Mengandung Jika 'Terkena' Sperma Yang Bertebaran Dalam Kolam Renang?

Fikir dulu sebelum berenang.

Cover image via imgur.com

Sering kali kita terdengar atau terbaca mitos yang menyatakan kehamilan boleh berlaku tanpa melakukan hubungan seks

Image via terkini.id

Ada juga mitos yang menyatakan sekiranya wanita dan lelaki berenang bersama-sama dalam sebuah kolam renang yang sama, wanita tersebut juga boleh mengandung.

Adakah ia benar atau semata-mata mitos? Ikuti artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut.

Bagaimanakah sebenarnya kehamilan boleh berlaku?

Image via detik.net.id

Pada umumnya, kehamilan hanya boleh berlaku dengan perlakuan seks di antara pasangan lelaki dan wanita.

Sebenarnya, kehamilan hanya akan berlaku sekiranya sperma yang terdapat dalam air mani lelaki berjaya berenang ke dalam rahim wanita untuk melakukan persenyawaan dengan telur wanita. Kebiasaannya, ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya 2 hingga 3 minggu selepas pasangan melakukan hubungan seks.

Bolehkah seks tanpa penetrasi menyebabkan kehamilan?

Image via Sunway Lagoon

Ya, wanita masih boleh mengandung tanpa pasangan lelaki memasukkan zakar ke dalam faraj.

Namun begitu, peluang ini adalah sangat tipis kerana sperma tidak akan mampu bertahan lama berada di luar tubuh badan manusia meskipun jarak antaranya dengan bukaan faraj adalah sangat dekat.

Adakah ia benar atau semata-mata mitos?

Pada tahun 2016, dunia digemparkan dengan berita 16 remaja perempuan mengandung selepas mandi di sebuah kolam renang di Florida, Amerika. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat penerbitan berita tempatan, kesemua remaja terbabit mengandung disebabkan oleh seorang remaja lelaki iaitu Tommy Coulter yang berusia 15 tahun ketika itu, mengeluarkan air mani ketika berada dalam kolam tersebut.

Tommy Coulter

Image via rvcj.com

Menurutnya, mereka ketika itu sedang melakukan parti untuk menyambut hari jadinya. Ramai yang berpendapat bahawa remaja-remaja perempuan tersebut hamil disebabkan oleh hubungan seks rambang yang dilakukan sesama mereka. Namun ia dinafikan sekerasnya oleh remaja lelaki ini. Remaja tersebut memberitahu bahawa dia hanya melakukan onani dan mengeluarkan air main di dalam kolam berkenaan.

Antara 12 remaja perempuan yang dilapor mengandung

Image via wp.com

Jadi, adakah ia benar atau mitos semata-mata? Menurut pakar, sperma sememangnya adalah perenang yang baik. Namun...

... bukan pada kawasan di luar tubuh badan manusia.

Ini menunjukkan jika ada air mani lelaki yang dikeluarkan di kolam renang, sperma berkenaan tidak akan mampu berenang ke dalam faraj dan seterusnya rahim wanita. Konklusinya di sini adalah cerita ini hanya mitos semata-mata dan tidak wajar untuk ditularkan.

Image via earth.com

Kini, terdapat banyak cerita berkenaan kondisi kesihatan tersebar melalui internet tanpa pengesahan pakar perubatan terlebih dahulu. Sebaiknya, kita sebagai individu perlu mempunyai pengetahuan yang mencukupi agar kita tidak mudah percaya atau terpedaya dengan pelbagai cerita yang tular tanpa usul periksa. Pihak yang berkenaan juga perlu memainkan peranan dalam menyebarkan kesedaran kepada masyarakat mengenai perkara ini.

Artikel ini merupakan sumbangan daripada Hello Doktor untuk diterbitkan semula oleh SAYS atas keizinan.

Hello Doktor: Laman web rasmi | Facebook  

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca lagi artikel daripada Hello Doktor DI SINI:

You may be interested in: