adidas Trionda Pro: Ini 5 Fakta Unik Mengenai Bola Rasmi Piala Dunia FIFA 2026
Bola pun dah canggih sekarang.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sempena Piala Dunia FIFA 2026, Adidas memperkenalkan Trionda Pro sebagai bola rasmi dengan pelbagai pembaharuan yang menggabungkan teknologi moden, elemen budaya dan aspek kelestarian

Gambar sekadar hiasan.
Image via City of ArlingtonBerikut lima fakta menarik mengenai Trionda Pro berdasarkan laporan The New York Times yang menjadikannya antara bola paling canggih pernah digunakan dalam sejarah kejohanan itu.
1. Nama yang melambangkan tiga negara penganjur
Nama Trionda diambil daripada konsep Three Waves atau Tiga Gelombang yang melambangkan kerjasama tiga negara tuan rumah iaitu Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico dalam menganjurkan Piala Dunia FIFA 2026.
2. Rekaan istimewa dengan simbol tiga negara

Gambar sekadar hiasan.
Image via Adidas MalaysiaBola itu menampilkan elemen khas yang mewakili ketiga-tiga negara penganjur seperti bintang Amerika Syarikat, daun maple Kanada dan helang Mexico. Gabungan simbol tersebut mencerminkan identiti bersama serta semangat kejohanan terbesar dunia itu.
3. Hanya menggunakan empat panel utama
Berbeza dengan kebanyakan bola moden, Trionda Pro dibina menggunakan empat panel utama yang disambungkan menerusi teknologi thermal bonding. Rekaan unik itu membantu menghasilkan permukaan lebih konsisten dan meningkatkan kestabilan ketika bola bergerak di udara.
4. Dilengkapi sensor pintar 500Hz

Gambar sekadar hiasan.
Image via 劍瞻體育公司Trionda Pro dilengkapi sensor gerakan 500Hz yang mampu menghantar data secara masa nyata kepada sistem Video Bantuan Pengadil (VAR). Teknologi itu membantu pengadil membuat keputusan lebih tepat melibatkan situasi ofsaid, sentuhan tangan dan pergerakan bola.
5. Mesra alam dan menepati piawaian tertinggi FIFA
Selain menerima pensijilan FIFA Quality Pro selepas melalui pelbagai ujian ketat, Trionda Pro turut dibangunkan menggunakan bahan lebih mesra alam. Inisiatif itu selaras dengan komitmen Adidas untuk menghasilkan produk sukan yang lebih lestari dan mengurangkan kesan terhadap alam sekitar.
Kehadiran Trionda Pro membuktikan evolusi bola sepak moden bukan sekadar tertumpu kepada prestasi di atas padang, malah merangkumi penggunaan teknologi pintar dan pembangunan yang lebih mampan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via