seismik

Ahli Kumpulan Ramai Sangat, Lihat Penerangan 'Lucu' Lelaki Ini Ajar Setiap Nama Dalam BTS

Mudah tak nak ingat agak-agak?

Cover image via @shahrinbahar (TikTok) & Bangtan Tumblr

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Siapa saja yang tidak mengenali kumpulan popular dari Korea iaitu BTS bukan?

Mereka ini sudah menjadi fenomena seluruh dunia ketika ini. Malah, pencapaian mereka juga sudah berada di tahap international. Wow!

Bagi anda yang meminati kumpulan pasti tahu mereka terdiri 7 orang ahli. Bagi sesetengah, pasti mempersoalkan ianya ramai bagi sebuah kumpulan sehingga tidak tahu nama-nama mereka. Tambahan lagi jika kawan atau pasangan anda sedang bercakap mengenai mereka, sampai blur dibuatnya.

Baru-baru ini seorang lelaki berkongsi videonya di TikTok mengajar cara 'pantas' untuk mengenali ahli kumpulan berkenaan telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@shahrinbahar Untuk abang abang yang luar sana Kalau ada awek/ bini/ anak/ anak saudara yang minat BTS. Meh abang ajar cara untuk mengenali ahli-ahli BTS. Boleh korang flex Lepas tu. Delian Terima kasih. #bts #btsarmy #bts_official_bighit #fyp #malaysia original sound - S Bahar

Saja ajar cara mudah dan pantas untuk kenali nama ahli kumpulan

Menerusi video perkongsian daripada @shahrinbahar, dia berkongsi antara cara mudah untuk orang tidak mengenali ahli kumpulan BTS mengingati nama mereka.

Dia kemudian mula memberikan antara penerangan mudah untuk mengingati nama-nama mereka dengan deskripsi yang agak lucu.

Antaranya dia menerangkan "Yang ini paling handsome, indahnya muka dia, ini V," katanya. 

Dari kiri atas: J-Hope, RM, V, Jin, Jimin, Jungkook dan Suga

Image via Last.fm

"Budak Kajang eh, dekatlah nak pi makan satey" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur dan memberikan reaksi mereka masing-masing.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 413.5K views, 76.2K likes dan 3,824 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Macam tu je ya penerangan dia. Yang tak tahu tu agak-agak boleh ingat ke? :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik