seismik

Aidil & Abe Yed Kongsi Rahsia, Pengalaman Industri Muzik Tempatan Di JUICE Detuned

Dua legenda indie ini tampil dalam episod terbaharu di JUICE Detuned.

Cover image via Ikat Tepi/JUICE Malaysia

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Buat penggemar muzik indie tanah air, platform muzik dan budaya JUICE tampil dengan episod terbaharu siri popular mereka, Detuned

Episod penuh kejutan ini menampilkan pertemuan semula dua lagenda iaitu Aidil daripada 'Couple' dan Abe Yed daripada 'No Good' yang pastinya bakal membuatkan penonton teruja.

Dua figura terkemuka indie Malaysia ini bersatu untuk sesi perbincangan eksklusif dan mendalam yang menjanjikan nostalgia serta penuh dengan pengajaran.

Menerusi episod ini, Aidil dan Abe Yed mengupas perjalanan muzik mereka, dari permulaan mereka bergelumang dalam industri muzik sehinggalah pengalaman yang membentuk mereka menjadi seorang karyawan muzik yang disegani seperti sekarang.

Lebih menarik, episod Detuned kali ini bukan sekadar mengimbau kenangan lama malah ia merupakan khazanah berharga buat peminat tegar muzik dan bakal pemuzik.

Ia menyingkap lebih daripada sekadar permukaan, menawarkan gambaran tentang proses kreatif kedua-dua legenda ini.

Aidil (kiri) dan Abe Yed tampil dalam episod JUICE Detuned.

Image via Ikat Tepi/JUICE Malaysia

Bincang perspektif menarik tentang sejarah, keadaan semasa dan masa depan genre muzik hardcore

Tidak hanya tertumpu kepada muzik, Aidil dan Abe Yed turut berkongsi pandangan mereka tentang lanskap muzik hardcore iaitu genre yang memberi impak mendalam terhadap karya mereka.

Mereka membincangkan tentang evolusi genre ini sekali gus menawarkan perspektif menarik tentang sejarah, keadaan semasa, dan masa depan genre tersebut.

Penonton juga bakal terpesona dengan kisah peribadi dan anekdot mereka selain memperoleh apresiasi lebih mendalam terhadap insan di sebalik muzik dan jalinan persahabatan yang menjadi penggerak perjalanan seni mereka.

Dalam pada itu, episod Detuned ini bukan sekadar sesi temu bual biasa tetapi perayaan muzik indie dan impak yang dihasilkan oleh dua artis ini terhadap industri muzik.

Jangan ketinggalan juga untuk menyaksikan episod pertama yang menampilkan Mark Prendergast daripada Kodaline.

Untuk maklumat lanjut mengenai Detuned dan kemas kini terbaharu, ikuti JUICE di InstagramTikTok dan Facebook.

Tonton video penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagia artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: