seismik

Nak 'Staycation' Yang Unik & Penuh Aktiviti? Ajak Kawan Pergi Airbnb Dekat Air Terjun Ini!

Jom check it out! :)

Cover image via SAYS

"Dah lama tak pergi staycation dengan best friends! Rindu pula..."

Image via Imgur

Jika anda mempunyai kawan-kawan baik yang memang sering membuat rancangan untuk mengadakan 'anual staycation' bertujuan untuk mengeratkan silaturahim sesama sendiri, ini adalah peluang anda untuk discover satu lokasi yang memang menarik!

Paling penting, jika anda mengadakan staycation di lokasi ini, ianya akan menjadikan momen bersama lebih diingati dan lebih relaks. Tak ada WiFi pun tak apa!

Bagi mereka yang ingin menghabiskan beberapa hari dengan alam semulajadi, rehat, dan meluangkan masa berkualiti dengan yang tersayang, jom check out Airbnb ini!

Image via Airbnb

Tak jauh pun dari KL!

Lokasi Airbnb ini terletak hanya satu jam perjalanan dari Kuala Lumpur iaitu Villa Ijo, di kampung yang tenang di Batang Kali

Image via Airbnb

Berbeza dengan rumah kampung di sekitarnya, Airbnb ini menyediakan udara segar dengan struktur moden dan reka bentuk kontemporari yang sedia ada. Walaupun perabotnya berkonsep minimalis, pop karya seni berwarna-warni, perhiasan yang unik, aliran cahaya semulajadi turut menambah kehidupan dan watak kepada setiap ruang yang ada.

Percayalah, anda akan lebih tenang ketika berada di sini.

Image via Airbnb
Image via Airbnb

Anda bakal datang dengan kumpulan yang besar? Jangan risau sebab...

Vila yang megah ini turut menawarkan tiga bilik tidur dengan katil saiz queen dan paling best, sembilan orang tetamu pun muat di vila ini!

Image via Airbnb
Image via Airbnb
Image via Airbnb

Lebih menenangkan apabila anda bangun dari tidur, akan kedengaran bunyi burung berkicauan dan pemandangan hutan kehijauan. Memang minda anda juga akan lebih tenang di vila istimewa ini.

Lebih-lebih lagi anda sedang bercuti, tidur lama sikit pun apa salahnya. :)

Apa yang menjadikan vila ini lebih istimewa adalah konsep dapur yang terbuka dan lengkap. Ia membuatkan anda teringin untuk masak hidangan sendiri.

Masak pula dengan pemandangan hutan, kehijauan pokok, sungai dan ditambah pula dengan angin malam semulajadi. Lebih cool, bukan?

Oh ya, untuk pengetahuan anda, Airbnb ini juga terbuka untuk digunakan sebagai event venue.

Image via Airbnb
Image via Airbnb
Image via Airbnb

Tambahan pula, buat anda yang sukakan aktiviti luar, boleh juga mengambil peluang ini untuk pergi ke air terjun berdekatan

Hanya berjalan kaki sedikit dari lokasi Airbnb tersebut untuk ke kebun dan anda berpeluang untuk memilih buah-buahan dari aliran kecil dengan keadaan air yang begitu jernih sekali. Tambahan pula, jika anda ingin trekking hutan, meneroka dua air terjun tersembunyi, dan berenang di kolam semulajadi pun boleh.

Pendek kata, memang banyak aktiviti yang menyeronokkan!

Image via Airbnb
Image via Airbnb

Hanya RM1,000 satu malam!

Vila Ijo ini merupakan lokasi Airbnb dengan harga yang berpatutan untuk anda serta rakan-rakan/keluarga mengadakan staycation!

Image via Airbnb

Untuk mengetahui lebih banyak maklumat tentang Airbnb yang popular, boleh klik sini.

No WiFi, no problem!

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Untuk lebih banyak tempat menarik, boleh lihat di bawah: