seismik

Akibat Bebanan Hutang, Bapa Tiga Anak Nekad Terjun Dari Tingkat 5 & Jatuh Atas Kereta

Walau bagaimanapun, lelaki itu terselamat setelah jatuh di atas bumbung kereta jenis Proton Saga.

Cover image via Astro Awani & Google

Pada hari Isnin, 27 Januari, penduduk bandar Tawau, Sabah, telah digemparkan dengan tindakan seorang lelaki yang nekad terjun dari sebuah bangunan

Image via Astro Awani

Kejadian berlaku kira-kira jam 12:08 tengah hari melibatkan lelaki dan juga seorang bapa berusia 48 tahun yang mempunyai tiga orang anak. Lelaki tersebut dikatakan telah nekad untuk terjun dari sebuah bangunan di Jalan Kuhara, Tawau, Sabah.

Malah, dia dikatakan nyaris maut setelah bertindak sedemikian namun terselamat kerana terjatuh di atas bumbung kereta jenis Proton Saga BLM. Oleh disebabkan itu, kenderaan tersebut kini mengalami kerosakan teruk.

Image via Facebook

Kereta Saga BLM tersebut dikatakan pemilik seorang lelaki yang dikenali sebagai Tahir Janna. Dia turut memuat naik posting tersebut selepas kejadian itu berlaku yang melibatkan kereta miliknya.

Image via Facebook

Menurut laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas berkata bahawa pihak polis menerima panggilan dari orang awam pada jam 12:15 tengah hari

“Pemeriksaan awal mendapati lelaki berkenaan masih sedarkan diri namun mengalami patah tulang kaki kiri dan tulang bahu kanan,” kata Peter.

“Lelaki berkenaan kemudian dikejarkan ke Hospital Tawau dengan sebuah ambulan untuk mendapatkan rawatan dan lelaki berkenaan kini dilaporkan dalam keadaan stabil.”

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Peter turut menjelaskan bahawa siasatan secara lisan ke atas lelaki berkenaan mengakui bahawa tekanan kewangan yang dihadapinya selain hutang yang ditanggung mendorong kepada tindakannya untuk membunuh diri.

Namun begitu, siasatan kini diteruskan di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri.

*Individu yang berhadapan kemurungan dan memerlukan seseorang untuk mendengar dan berkongsi masalah boleh menghubungi Befrienders di Kuala Lumpur dan Selangor pada talian 03-79568145 atau e-mel [email protected]

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga:

More stories to read: