seismik

Atlet Renang Post Kata-Kata Akhir Di IG Sebelum Ditemui Mati Bunuh Diri Kerana Kemurungan

Mangsa sebelum ini pernah mewakili Sarawak dalam Sukan Malaysia (SUKMA) dan dikatakan baru sahaja pulang daripada menjalani latihan di Singapura.

Cover image via Instagram @ayrton_holt

Semalam, 24 Oktober 2019, rakyat Malaysia telah dikejutkan lagi dengan kematian seorang atlet renang dari Sarawak dipercayai akibat kemurungan

Image via Harian Metro

Lelaki berusia 19 tahun yang dikenali sebagai Ayrton Lim dipercayai telah membunuh diri akibat kemurungan. Mayat atlet renang itu telah ditemui oleh ibunya sendiri di ruang tamu rumah mereka di Tabuan Laru, Kuching, Sarawak.

Menurut sumber, kejadian tersebut telah disedari oleh ibunya selepas pulang menjemput seorang lagi anaknya dari sekolah. Sebaik sahaja ibunya sampai ke rumah, dia menyedari bahawa anaknya itu sudah tidak sedarkan diri.

Sejurus menelefon pihak hospital bagi mendapatkan bantuan, pihak paramedik dari Hospital Umum Sarawak (HUS) tiba di rumah mereka lalu mengesahkan bahawa anaknya itu sudah meninggal dunia.

Ayrton Lim dipercayai telah mengalami kemurungan sejak tiga hari sebelum kematiannya

Ayrton Lim.

Image via Instagram @ayrton_holt

Menurut siasatan, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani berkata bahawa siasatan awal mendapati atlet terbabit mengalami kemurungan sejak tiga hari sebelum bertindak untuk membunuh diri. Ini kerana tiada unsur jenayah yang dijumpai oleh pihak polis dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Lebih menyedihkan, Ayrton Lim turut memuat naik IG story terakhir di laman Instagram miliknya seolah-olah memberitahu pengikutnya bahawa dia akan pergi selamanya...

IG story ini telah dimuat naik 12 jam sebelum kematiannya. Penulisan itu juga sebenarnya memberikan 'hint' buat rakan-rakan dan pengikutnya bahawa dia akan pergi selamanya. Ini kerana dia telah berterima kasih kepada setiap orang yang pernah menjadi sebahagian daripada hidupnya selama 19 tahun.

"Depression is not just sadness, crying and dressing in black.." - Pengguna Twitter.

Image via Twitter

Ramai juga pengguna twitter yang lain turut berkongsi pendapat tentang isu depresi ini. Ianya bukanlah sesuatu yang boleh disangka akan berlaku kepada seseorang kerana kadang-kala, orang yang paling gembiralah sebenarnya paling cenderung untuk menghidap depresi ini.

Image via Twitter
Image via Twitter

Jika anda mempunyai ahli keluarga atau rakan-rakan yang mempunyai masalah kemurungan seperti ini, dapatkan bantuan segera melalui talian di bawah:

1. ALL WOMEN'S ACTION SOCIETY (AWAM) - TELENITA


Address: 85, Jalan 21/1, Sea Park, 46300 Petaling Jaya, Selangor. Contact: +603-7877 0224 | Website

2. BEFRIENDERS

Address: 95 Jalan Templer, 46000, Petaling Jaya, Selangor. Contact: +603-7956 8144 | +603-7956 8145 | [email protected] | Website

3. DBKL TELECOUNSELLING

Address: Tingkat 1, Menara DBKL, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur. Contact: 1800-88-2600 | 03-26179905

4. TALIAN NUR

Contact: 15999 | [email protected]

5. WOMEN'S AID ORGANISATION (WAO)

Contact: +03-7956 3488 |[email protected] | Website

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Jangan ambil ringan tentang depresi:

You may be interested in: