seismik

"Ada Masalah Diri Sendiri" - Gadis Kongsi Saat Hadapi Major Depressive Disorder & Anxiety

Jangan ambil ringan tentang penyakit seperti ini.

Cover image via Hello Doktor

Apa itu Major Depressive Disorder (MDD)?

Pernah tak anda dengan secara tiba-tiba berasa sedih tanpa sebab?

Ya, perasaan itu sering kali dianggap dan dikaitkan sebagai depresi. Antara kriteria MDD yang khusus adalah kemurungan secara berterusan sekurang-kurangnya 2 minggu. Anda akan berada dalam keadaan lemah semangat dan tidak bermaya. Malah, paling teruk jika anda langsung tidak berselera untuk makan atau sukar untuk tidur/terlebih tidur.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Psychiatry Advisor

Di bawah merupakan beberapa diagnosis lain yang kelihatan seakan sama dengan MDD ini:

1. Adjustments disorder
2. Dysthymia
3. Acute stress reaction
4. PTSD

Untuk mengetahui lebih tentang penyakit kemurungan MDD (Major Depressive Disorder ini), boleh klik di sini.

Seperti baru-baru ini, seorang pengguna Twitter @fndlop telah berkongsi tentang pengalaman ketika dirinya diserang penyakit Major Depressive Disorder & Anxiety pada tahun lepas dan tahun ini

Gambar sekadar hiasan.

Image via Merdeka.com

Perkongsian ini sedikit sebanyak membuatkan dirinya berasa lega kerana dapat meluahkan rasa yang terbuku di dada dan tidak dapat diluahkan pada sesiapa sebelum ini.

Namun begitu, setelah menulis perkongsian ini, gadis tersebut turut mendapat perhatian orang ramai yang juga memberikan nasihat dan kata-kata semangat buat dirinya supaya tidak mudah mengalah.

Baca perkongsian penuh di bawah:

Image via Twitter @fndlop

Pernah dengar suara garang yang dikatakan sebagai halusinasi dan suara itu akan muncul jika terlalu murung. Amat menakutkan!

Image via Twitter @fndlop

Paling teruk, dia pernah juga cuba untuk bunuh diri sebanyak 2 kali. Namun, cubaan tersebut gagal lepas diselamatkan oleh ayahnya.

Image via Twitter @fndlop

Walaupun tengah happy bersama rakan, secara tiba-tiba juga kemurungan ini boleh menyerang tanpa disedari. Ketika itu, dia hanya ingin berdiam diri.

Image via Twitter @fndlop

Akibat terlalu banyak makan ubat tidur, badan pun makin naik, jerawat makin banyak. Stress sangat mungkin.

Image via Twitter @fndlop

Semoga gadis ini terus berjuang dan tidak mengalah. Amin...

Image via Twitter
Image via Twitter

Jika anda mempunyai ahli keluarga atau rakan-rakan yang mempunyai masalah kemurungan seperti ini, dapatkan bantuan segera melalui talian di bawah:

1. ALL WOMEN'S ACTION SOCIETY (AWAM) - TELENITA

Address: 85, Jalan 21/1, Sea Park, 46300 Petaling Jaya, Selangor.

Contact: +603-7877 0224 | Website

2. BEFRIENDERS

Address: 95 Jalan Templer, 46000, Petaling Jaya, Selangor.

Contact: +603-7956 8144 | +603-7956 8145 | [email protected] | Website

3. DBKL TELECOUNSELLING

Address: Tingkat 1, Menara DBKL, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur.

Contact: 1800-88-2600 | 03-26179905

4. TALIAN NUR

Contact: 15999 | [email protected]

5. WOMEN'S AID ORGANISATION (WAO)

Contact: +03-7956 3488 |[email protected] | Website

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga perkongsian lain mengenai kemurungan hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: