Aksi Cemas Dalam Flight, Penumpang Cuba Pecahkan Tingkap & Pintu Kecemasan

Bahaya betul.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Instagram

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan keadaan huru-hara dalam sebuah pesawat Batik Air dari Kuala Lumpur ke Kochi, India

Menerusi perkongsian video daripada seorang pengguna di Instagram, insiden tersebut berlaku pada 5 Ogos 2026.

Penumpang lelaki tersebut dipercayai cuba memecahkan tingkap dan membuka pintu kecemasan semasa penerbangan masih berjalan.

Situasi berkenaan bertukar cemas dan membuatkan penumpang lain yang sedang tidur turut terkejut akibat terdengar bunyi gas yang kuat.

Walau bagaimanapun, salah seorang kru kabin berjaya mengawal keadaan tersebut

Dia turut dibantu oleh beberapa penumpang lain untuk menenangkan keadaan di dalam pesawat, Penumpang lelaki terbabit juga turut ditahan.

"Nasib baik, disebabkan reka bentuk pesawat dan tekanan kabin, pintu tersebut kekal tertutup. Penumpang lain serta kru Batik Air bertindak pantas dengan menahan lelaki berkenaan dan menghalang keadaan daripada menjadi lebih buruk," katanya.

Lihat video penuh di bawah:

Fetching content==

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: